Akta Orang Kurang Upaya 2008 telah 4 tahun diwartakan, namun apakah ianya telah disebarluaskan untuk pengeatahuan umum? Atau sekadar dijadikan hiasan untuk dijadikan rujukan bila timbul satu-satu isu besar sahaja.
Setelah 4 tahun akta ini tercatat rapi di atas kertas, baru tahun ni, terdapat aktivis yang giat memberi pendidikan kepada gulungan sasar. "tahniah diucapkan."
Apakah tahun-tahun sebelum ini, MGOS OKU pengaelihatan terutamanya, tidak nampak atau tidak faham akan akta tersebut, sehingga tiada langkah-langkah memberi penerangan kepada ahli-ahlinya, tentang pengisian akta tersebut?
Dari hari ke hari, bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, ada saja orang pandai, orang bijak, dan orang berpengaruh dikalangan OKU pengelihatan menubuhkan pertubuhan dilingkungan rakan sendiri, sehingga terkadang memeningkan kepala orang awam.
Di lembah Kelang sahaja, saya kira ada tidak kurang dari 5 pertubuhan/ persatuan yang mewakili OKU pengelihatan. Saya kira andai kesemua pertubuhan/persatuan ini mengambil tanggungjawab dan bergabung tenaga dalam membeari penerangan/pendidikan kepada ahli maupun orang awam, pasti hari ini, sekurang-kurangnya, sebahagian besar penduduk Lembah Kelang aware/alert/tahu akan kewujudan Akta Orang Kurang Upaya.
Pihak pertubuhan/persatuan juga harus bertanggungjawab menyebarluaskan akta ini terutama kepada institusi yang berhubungkait dengan orang awam, seperti,hotel, bank, hospital, sekolah awam/swasta, institusi pengajian tinggi awam/swasta, maupun institusi kerajaan sendiri, agar tidak berlaku lagi diskriminasi terhadap mana-mana OKU.
Cuba tanya cikgu Salmiah (bukan nama sebenar) guru besar sekolah Taman Kosas atau puan Roslina (bukan nama sebenar) pegawai tinggi di jabatan pendidikan, tentang Akta Orang Kurang Upaya 2008, pasti jawaban mereka:
"pernah dengar, tapi taktahulah apa tu."
So, pihak pertubuhan/persatuan OKU hendaklah lebih aktif dalam mengadakan kempen penerangan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.