assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, July 25, 2012

RESIPI; Ketupat Sotong

Aha,  pernahkah anda makan ketupat sotong?

 

Apa kata hari ini,  kita beralih rasa.  Kalau selalunya,  sotong dibuat lauk,  tapi petang karang, kita makan ketupat sotong pula.

 

Ketupat sotong:

Bahan-bahan:

 

5 ekor Sotong bersaiz sedang,

Santan kelapa, setengah biji,  asingkan santan pekat.

Secawan beras pulut, mengikut kuantiti dan saiz sotong.

 

2 ulas bawang putih,  5 ulas bawang merah,  seinci halia,  mayangkan semua,  dan;

Sesudu kecil halba.

 

Cara-cara:

Bersihkan sotong,, keluarkan tulang, buang lapisan kulit luar.

 

Beras pulut;  bersihkan beras,  kemudian campurkan sedikit santan cair, secubit garam,

Gaulkan sehingga sebati.

 

Kemudian, masukan beras pulut yang digaulkan ke dalam sotong.

Cucukkan seinci lidi bersih kepada bahagian sotong yang terbuka,  agar beras tidak keluar.

Nota:  jangan masukkan beras pulut terlalu penuh.  Kerana beras pulut akan kembang, bila masak.

 

Setelah selesai masukkan beras pulut kedalam semua sotong,

Sediakan periuk;

masukkan santan cair, sotong yang berisi pulut,  biarkan ia empuk .

 

Setelah sotong empuk;

Masukkan santan pekat,  bahan yang dimayang, serta halba tadi dan secubit garam.

 

Kacau perlahan sehingga kuahnya pekat.

 

Setelah pekat, bolehlah diangkat lalu dihidangkan untuk dijamah.

 

 

Sumber:  bonda tercinta

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.