assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, March 22, 2011

TIPS MELEMBUTKAN HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi mengunjungi lelaman kerdil ini.

Sebagai ibu ayah, pasti kita mahu anak-anak menjadi insan terbaik buat kita, agama dan dunia sejagat. Lantas, demi mencapai matlamat, kita berusaha sedaya upaya mengisi ruang rohani mereka dengan ilmu dunia dan akhirat. Namun dengan kehendak Allah, sampai satu masa mereka mampu melangkah jauh, kita diuji oleh Allah akan perubahan perwatakan si anak dari acuan molek kepada acuan yang tidak lagi stabil sebagai insan muslim/muslimah sejati.

Bila itu terjadi, usah kita mudah melenting. Teruskan menasihati di samping bermohon dengan penuh keikhlasan kepada YANG MAHA BESAR.

Tips melembutkan hati anak agar kembali kedalam redha Allah dan ibu bapa.

**bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari, selama seminggu.
**bacakan ke dalam air masak yang menjadi minuman, dan
**ke dalam beras yang bakal dimasak setiap hari.

Inshaallah, dengan keyakinan tetap bahawa segalanya atas keizinan Allah, amalan ini mujiarab.

Ia boleh diamalkan dalam sebarang keadaan: untuk anak, isteri/suami.

tips ini dipetik dari: "rancangan Tanyalah Ustaz"

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.