assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, March 24, 2011

TERIMA KASIH PADAMU YANG AGUNG

Kejadian pada petang Ahad yang baru lalu benar-benar mencemaskan aku. mana tidaknya, itulah pertama kali aku mengalami sendiri litar-pintas.

Litar-pintas itu berlaku kerana kecuaian diri sendiri. Berkebetulan hari itu hujan yang teramat lebat di daerahku. Telah ku sedia maklum, andai hujan bersulam angin kencang, pasti ada ruang di rumah yang terkena tempias.

Setelah hujan reda, tanpa ku periksa keadaan ruang tempat aku selalu menggosok baju terlebih dahulu, samada ia basah atau tidak, aku terus pasangkan plug strika, lantas bersahaja menggunakannya.

Setelah aku hamper siap menggosok 4 helai baju, tiba-tiba strikaku meletup dan terasa panas dipergelangan tanganku. Secara spontan, strika terlepas dari tanganku dan serentak itu letrik di rumahku terputus sama sekali.

Kala itu hanya aku dan pengawal peribadi kecilku berada di rumah. Mendengarkan letupan, dan melihatkan letrik terputus tiba-tiba, apa lagi, pengawal peribadi kecilku segera berlari mendapatkanku dengan cemas sekali.

Melihatkan aku dalam kesakitan, dia mula menangis. Dalam tangisan, mulutnya sibuk berdoa “Ya Allah, saya tak mahu mama mati dulu.” Nak tersenyum pun aku tak mampu, kerana menahan rasa sakit.

Terasa tanganku mula membengkak dan menurut anakku, ditempat yang membengkak sudah berwarna hitam, kerana kesan terbakar mungkin.

Untuk mengurangkan rasa pedih kerana melecur ditangan, dan mengelakkan dari tempat melecur menggelembung, di dalam mindaku hanya terfikir ubat gigi dan madu. Dek kerana madu jauh dari kami, lalu aku meminta anakku mengambilkan ubat gigi dan disapu ketempat yang membengkak dengan agak banyak.

Lalu ku biarkan selama setengah jam, Alhamdulillah, setelah setengah jam kemudian, rasa pedih berkurangan miski bengkaknya belum surut lagi.

Kemudian, aku bersihkan ubat gigi tadi dengan air, lantas ku sapukan sekali lagi. Aku berbuat begitu, kerana ubat gigi mengandungi min dan boleh menyejukkan tempat yang melecur.

Ternyata petua itu berkesan. Setengah jam kemudian, ku dapati tempat melecur yang tadinya mula mengelembung kering dan sakitnya semakin berkurangan.

Kemudian, baru ku sapukan krim antibiotic. Yalah, paling tidak untuk mengelak dari jangkitan kuman di tempat terbakar.

Aku bersyukur kerana bahagian tanganku yang terbakar sedikit sahaja dan tidak sampai ke bahagian bawah kulit.

Setelah krim antibiotic kering, aku sapukan bam gamat berulang kali dalam jangkamasa yang singkat. Bam gamat ku dapati dapat mengurangkan kegatalan yang berlaku pada tempat terbakar dan meredakan bengkak di tangan.

Alhamdulillah, segala langkah yang ku ambil nampaknya berhasil, dan sehingga hari ini, kesan hitam kerana terbakar hamper hilang, bengkak pada tangan juga sudah tiada lagi. Hanya masih terasa perit jika dissentuh.

Alhamdulillah, kerana Allah terus melindungi diriku, serta automatic switch berfungsi dengan baik, maka, terselamatlah aku dari melecur teruk dan berlaku kebakaran yang serius mungkin.

Jadi, mungkin ada sekelumit iktibar yang boleh diambil dari pengalaman ku ini. Betapa pentingnya kita memastikan switch automatic berfungsi dengan baik. Keselamatan di dalam rumah adalah tanggungjawab penghuninya.

Dalam kita berserah diri kepada Allah, langkah-langkah keselamatan hendaklah dimaksimumkan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.