Ed’dah adalah satu perbuatan yang termaktub dalam ilmu feqah yang wajib diketahui oleh setiap umat islam.
Ed’dah bermaksud satu tempoh yang telah ditetapkan hukum syarak.
Ed’dah terbahagi kepada dua cara kiraan:
*tiga kali suci dari haid
*3 bulan 10 hari (bulan hijrah)
Kiraan 3 kali suci dari haid wajib dilakukan ke atas wanita yang mempunyai putaran haid.
Sementara kiraan 3 bulan 10 hari (bulan hijrah) wajib dilakukan oleh wanita yang tidak mempunyai putaran haid sama sekali atau telah monopos.
Ed’dah tertanggung ke atas dua gulungan wanita:
*wanita yang ditalak oleh suami
*wanita yang kematian suami
Wanita yang di dalam ed’dah kerana diceraikan, wajib mendapat tempat tinggal dan nafkah dari suami.
Wanita yang ditalak satu/dua, boleh dirujuk kembali oleh suami semasa dalam ed’dah tanpa Aqad. Tetapi setelah tamat ed’dah, satu-satu pasangan wajib Aqad nikah semula jika ingin kembali sebagai suami isteri.
Wanita yang di dalam ed’dah kerana perceraian, tidak boleh sama sekali keluar rumah untuk bersuka-suka, malah wajib memohon cuti dari majikan bagi mereka yang bekerja.
Kerana itulah islam menetapkan, para suami wajib memberi nafkah dan tempat tinggal kepada wanita yang sedang menjalani ed’dah.
Wanita yang sedang menjalani ed’dah kerana kematian suami, masih boleh keluar rumah untuk bekerja, namun dilarang sama sekali keluar untuk bersuka-suka.
Hatta, haji juga tidak boleh dikerjakan bagi wanita yang sedang ber-ed’dah. Jika dikerjakan juga, haji sah, tapi berdosa bagi wanita itu.
Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat sedikit panduan kea rah keredhaan Allah.
Sumber: rancangan “Tanyalah Ustaz” keluaran tv9
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.