assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, March 21, 2011

JEJARIKU KEMBALI MENARI

Telah berlalu cuti sekolah selama seminggu, dan seminggu itu jugalah aku memperuntukkan sepenuh masa dan perhatianku terhadap putraku.

Almaklumlah dihari-hari persekolahan, kami tidak punya banyak masa bersama. Anakku akan ke sekolah seawall 7.00 pagi, sementara pulangnya jam 6.00 petang, dan mula melelapkan matanya jam 7.30 malam. Itulah rutin harian putraku.

Oleh kerana kewajiban solat belum tertanggung keatasnya, maka, aku tidaklah bertegas memaksanya untuk menunggu solat Isha’ pada hari persekolahan.

Selama seminggu lalu, aku telah cuba sebaik mungkin mengisi ruang-ruang yang terluang dengan aktiviti yang memberi impak positif keatas minda putraku.

Demi menyahut minatnya terhadap buku, maka, boleh dikatakan hamper setiap pagi aku menemani putraku ke kedai buku Popular. Aku dan putraku akan menghabiskan masa selama dua jam di situ. Di situ, dapatlah dia membaca pelbagai buku dan dengan ini dapat mengurangkan kos dalam perbelanjaan membeli buku.

Disebelah petangnya, aku menemaninya menonton kartoon di tv sambil mendengar dia bercerita tentang buku yang sudah dibaca.

Waktu malam, tiada lagi tv untuknya. Aku hanya menemani putraku melihat-lihat buku pelajarannya sambil membetulkan hafazannya dan menyiapkan segala kerja rumah yang dibekalkan oleh guru-gurunya.

Dipertengahan minggu, iaitu hari Selasa dan Rabu, aku dan suami telah membawanya ke pantai Port Dickson. Kami bermalam di Tiara Beach Resot. Di sini, tiada pantai original, yang ada hanya pool yang luas terbentang dan di dalamnya terdapat play ground. Memang seronok untuk anak-anak.

Untuk ke pantai original, mesti menggunakan kereta. Jadi, Kami memilih kke pantai di Teluk kemang, kerana paling berhampiran dengan tempat penginapan kami.

Ini adalah kali kedua putraku mencecah pantai. Dia,masih seperti kali pertama dulu, begitu teruja bermain air laut dan ombak. Tiada sedikit pun perasaan takutnya terhadap laut. Bila melihat dia over confident, tercetus juga rasa bimbang dihatiku., lantas, berkali-kali aku berpesan kepada suamiku agar memberi lebih tumpuan tehadap gerak-gerinya.

Alhamdulillah, hari ini, segalanya kembali seperti biasa dan dia kelihatan begitu bersemangat untuk ke sekolah. Dek kerana esok, dia akan kembali ke sekolah, maka, selepas saja solat Isha’, dia begitu mudah melelapkan matanya. Maka, dapatlah aku tarikan jejariku di atas bebutang keyboard.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.