assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, March 7, 2011

AMALAN MENGELAKKAN DARI GANGGUAN ILMU HITAM

Setiap apa yang berlaku ke atas diri kita, adalah dengan kehendak dan keizinan Allah jua, dan kehendak DIA juga, sesuatu yang negative itu dapat dipulihkan.. Lantas sebagai hamba kerdil, kita disuruh berdoa agar dijauhi segala perkara yang bersifat negative.

Sebagai pelindung diri dari ilmu hitam, terdapat beberapa ayat al-qur’an yang mustajab diamalkan. Tapi sewajarnya, amalan bacaan al-qur’an menjadi rutin hidup kita kerana membaca ayat-ayat suci Allah, sebenarnya, kita sedang berbica dengan Allah Azawajalla.

Antara ayat-ayat mustajab untuk mengelak diri dari ilmu hitam:

**Terdapat di dalam surah Khud, ayat 56

**surah Al-Ak’raf, ayat 13

Amalkan setiap kali sesudah solat atau ianya menjadi lebih baik, jika ayat-ayat ini dapat dihafaz. Wajib bagi kita membaca dengan bacaan yang betul dan sempurna sebutannya.

Surah Al-Baqarah hendaklah dibaca dari mula hingga akhir untuk menghalau jin/syaitan dari rumah kita.

Apa-apa pun, sebelum kita meminta dariNYA, hendaklah kita terlebih dahulu, menyempurnakan hak-hak DIA, Inshaallah, permintaan kita dimakbulkan dengan rela.

Dipetik daripada rancangan “tanyalah Ustaz” keluaran tv 9.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.