Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Tulisan di bawah sekali-kali tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau sama sekali bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak.
Aduh aduhh aduh, aku rasa seluruh masyarakat termasuklah aku terperanjat berok atau bahasa puitisnya terkesima dengan kenaikan ops bukan kenaikan, bahasa selindung penarikan subsidi harga gula yang bagi aku keterlaluan.
25 sen tu tinggi bagi keluarga besar yang punya pendapatan 2 K ke bawah. Ini bererti harga gula sekarang ni rm1.90 sekilogram. Nampaknya untuk menjimatkan gula dan agar takterdedah dengan dibetis, kena minum air manis seminggu sekali aje lah. Itulah alas an yang diberikan oleh berisan pemerintah. Agar rakyat terpelihara dari dibetis, maka subsidi harga gula perlu ditarik balik. Mudah-mudahan dengan langkah ini, kesihatan masyarakat lebih terjaga.
Entahlah aku pun tak faham, terkadang kita punya ilmu yang tinggi, tapi masih cetek pemikiran. Kalau macam aku ni tak apalah jugak, sebab sekolah tak ke mana, maka sudah tentulah ilmu tak tinggi. Oleh kerana aku sedar ilmu aku tak tinggi, maka aku suka membaca. Dari membaca, banyak yang dapat diteroka dan semakin hari, kian bertambahlah ilmu boleh aku kutip.
Dari pembacaan aku dan itulah yang pernah diberi tahu padaku oleh doctor, Seseorang yang terdedah kepada dibetis, adalah mereka yang banyak mengambil karbohidrat. Seperti mana kita tahu, bahawa makanan asasi Negara kita adalah nasi. Nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Maka,jika ianya diambil berlebihan dalam satu hari dan dalam kadar kuantiti banyak pada satu-satu masa, inilah yang menyumbang kea arah dibetis. Sedang kita memasukkan gula kedalam air minuman bukanlah banyak sangat. Kalau untuk secawan air, kita hanya perlu masukkan sesudu kecil sahaja. Tak tahulah aku, jika ada diantara kita yang boleh masukkan sesudu besar gula ke dalam secawan air.
Karbohidrat melalui proses yang lama untuk ditukarkan menjadi glukosa, kemudian dari glukosa akan diproses menjadi gula. Gulalah sumber tenaga kita. Mengikut kajian, sekurang-kurangnya nasi mengambil 4 jam jangkamasa untuk menjadi gula. Dan sumber tenaga ini jika tidak digunakan, ia akan masuk ke dalam darah yang lama kelamaan menjadikan kita pengidap dibetis.
Kebanyakkan kita mengambil karbohidrat pagi, tengah hari dan malam. Setelah menikmati hidangan malam yang berkarbohidrat tinggi, 1 atau 2 jam kemudian, kita pun mula mengantuk lantas dibuai mimpi. Dalam masa singkat itu, proses penghadaman belum pun selesai, apatah lagi nak menggunakan sumber tenaga yang terhasil dari karbohidrat tadi.
Bagi aku, cara hidup beginilah yang menyumbang kepada dibetis. Tapi kasihan gula. Ia sering dipersalahkan. mungkin ada pun sumbangan gula tehadap dibetis, setelah bahan itu dimasukkan ke dalam makanan yang mengandungi karbohidrat, maka dengan ini makanan tersebut sudah menjadi berganda gulanya. Lantas dengan summbangan yang sedikit,sekali lagi gula dipersalahkan seratus peratus.
Apa pun, segalanya telah terjadi, sebagai rakyat kerdil terima aje lah. Suara-suara gah berbunyi pun tak didengar, apatah lagi suara aku yang sekuat suara semut. Hahaha, aku pun tak pernah dengar suara semut. Tepuk dada Tanya selera. Masing-masing punya kuasa ditangan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.