assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, July 13, 2010

ISTIMEWA BUATMU ---

11th July

Hari ini adalah hari istimewa buatmu.

Terima kasih suamiku kerana telah menaungiku dengan penuh kasih sayang. Pengorbananmu untuk mencari rezeki dan telah menunaikan tanggungjawabmu dengan penuh kesabaran akan ku hargai disepanjang hidupku. Ishaallah.

Aku bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memberiku seorang lelaki yang sempurna bagi diriku yang kerdil ini.. sungguh bertuah diri ini ya Allah..

Ya Rabul Alamin, moga kau pelihara hubungan kami hingga ke sana.

13 tahun bersama bukanlah satu jangkamasa yang singkat, terlalu banyak onak dan duri kita tempuh, namun kau masih mampu mempertahankan sifat tokoh sebagai seorang lelaki yang baik..

Sekali lagi terima kasih suamiku..

Happy birthday bang, semoga Allah terus memelihara kesihatan dan memberi seribu rahmat buat kita sekeluarga. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.