assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, July 27, 2010

BUAT TATAPAN BUAH HATI

Assalamualaikum.

Buat tatapan buah hatiku. Saat mama menggerakkan jejari di atas keyboard, kau tiada di sisi. Pastinya kau saat ini ceria menimba ilmu dari gurumu bersama rakan sebaya.

Sayangku, tahukah kau, setiap langkahmu teriring doa ikhlas dari mama. Sungguh bahagia hati ini, melihat tawamu. Sungguh bangga hati ini, melihat kepetehanmu berbicara. Sungguh tersentuh hati ini, mendapat pujian dan pertolongan darimu. Dan tahukah kau, sungguh gementar hati ini, melihat air mata jatuh dari kelopak matamu.

Sayangku, dengan kekurangan yang ada pada mama, terasa begitu mencabar sekali untuk membesarkanmu. Akal cilikmu terlalu pantas berlari. Terkadang pertanyaan yang kau lontarkan tak terjawab dekmama disebabkan pancaindra pengelihatan mama tidak berfungsi. Mama tahu, kau maklum itu, namun dek kerana rasa ingin tahumu yang meluap-luap, kau terlupa seketika. Tapi bilamana matamu beralih ke wajah mama, kau seperti memahami, lantas cuba sedaya upaya men describe kan rupa bentuk agar dapat mama mengagak. Terima kasih sayang, dan maafkan mama kerana terlalu cepat mendewasakan mindamu.

Sayangku, mungkin saat ini kau tak memhami bait-bait ayat yang mama lahirkan di sini. Namun mama percaya tika usia menginjak remaja, kau akan mula memahami segalanya. Betapa mama dan papa mengasihimu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.