Zaman bujang dan tinggal di rumah sewa adalah suatu masa yang tak mungkin terhapus dari kotak memori seseorang. Zaaman itulah banyak pengalaman persedian kea alam berumah tangga dikumpul. Bagiku, Zaman bujang juga adalah proses memperkasa diri menghadapi reality kehidupan setelah keluar dari alam persekolahan.
Ya,masih tercatat kemas di mindaku,betapa seronok dan sedihnya sewaktu melalui zaman bujang dahulu. Almaklumlah saat itu aku baru mendapat kerja dan sebatang kara pula kat KL ni. Tapi alhamdulillah, rakan taulan banyak membantu dalam menempuh permulaan hidup sesudah zaman persekolahan. Kalau nak bertenggek bawah ketiak ibu ayah, alamat tak ke manalah aku. Entah entah, tak kahwin pun aku. Hahaha. Yalah, sebagai wanita normal,nakjuga aku merasa kemanisan dan kepahitan menjadi isteri.
Setelah menamatkan kursus di GTC, iaitu (sebuah pusat latihan,di mana kami “OKU pengelihatan”, lepasansekolah yang tak lepas memasuki pusat pengajian tinggi akan diberi peluang menjalani beberapa kursus persedian sebagai tiket untuk melamar jawatan tertentu), gementar juga hatiku untuk melangkahkan kaki ini ke dunia luas yang tentunya mencabar keimanan. Tapi alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan terlangkah juga kakiku akhirnya. Ya, teman rapatku D dan S telah banyak membantu pada langkahan pertamaku. Terima kasih D dan S kerana kalian sanggup bersusah payah untuk diriku, sedang kalian sendiri tika itu sepertiku baru saja keluar dari GTC. Terima kasih juga kerana kalian tak langsung mengambil kesempatan ke atas sikapku yang mengada-ngada terlebih sikit waktu itu.
Temanku D lah kesana sini mencarikan kawan perempuan yang boleh menumpangkan aku. Almaklumlah semasa dalam GTC, aku tak banyak bergaul dengan orang luar. Aku lebih suka terperap dalam bilik. Itulah ruginya menjadi orang sepertiku, kan dah rugikan diri sendiri. Atas usha D, Aku pernah menumpang di rumah kak Lin selama seminggu. Terima kasih kak Lin dan abang Kamal kerana telah mengizinkan aku tinggal dengan kalian. Mudah-mudahan Allah merahmati hidup kalian sekeluarga.
Alhamdulillah dengan takdir Allah, aku diketemukan dengan kakI. Dia adalah teman sekolahku juga. Dengan ehsan kak I, beliau telah membawaku tinggal bersamanya di rumah kawan beliau. Terus terang ku katakan, bahwa saat itu aku tak langsung pandai masak. Dan sikapku waktu itu masih lagi manja dan mengada-ngada seperti anak-anak. Setiap hari pulang kerja,kak I lah yang membelikan makanan untukku. Terima kasih atas budimu menjaga dan membantuku seadanya. Budimu pasti mendapat balasan dari Dia Yang Maha Agung.
Beberapa bulan kemudian, aku dan kak I memulakan rumah sewa sendiri. D masih lagi membantuku. Demi memudahkan hidupku, D Sanggup mengorbankan sedikit wang sakunya untuk membelikan aku rice-cooker. Sekali lagi terima kasih D. sehingga ke saat ini rice-cooker pemberianmu masih berjasa padaku. Dari bulan ke bulan, aku mula dewasa dalam mengharungi hidup. Lama kelamaan, ramailah kawan-kawan sekolah aku dan kak I tinggal bersama.
Terjadi satu peristiwa antara aku dan kawanku Zun yang bagiku melucukan, tapi mungkin tidak bagi Zun. Sepertiku dulu, Zun saat itu baru saja keluar dari GTC dan bekerja di SBM. Maka aku setiap hari, pulang dari kerja, akan pergi ke SBM untuk mengambil Zun. Entah macam mana, pada suatu hari, sedang aku dan Zun rancak berbual sambil berjalan, tiba-tiba ‘buuuushhh’ “alamak Zun jatuh longkang” kataku perlahan. Saat itu juga beberapa orang awam yang berdekatan datang membantu mengeluarkan Zun dari dalam longkang. Kesian Zun, boleh tahan juga dalamnya longkang tu. Melepasi kepala Zun yangtingginya 5 kaki lebih. Setelah Zun dikeluarkan, dan telah aku pastikan dia tidak mengalami sebarang kecederaan, aku pun lepaskan tawa kecilku yang sedari tadi aku tahan. “sorry Zun, aku tak sengaja. Aku taksempat nak bagi tahu ada longkang.” Kataku masih dalam gelak. Seperti biasa Zun dengan watak agak kasarmya tu, marahiku dan menyuruh aku membawanya berlari untuk cepat sampai kerumah sewa kami. Maafkan aku kawan, aku benar-benar tak sengaja.
Begitulah zaman bujangku yang telah aku tinggalkan berbelas tahun yang lalu. Berbagai lagi kesah suka duka yang pernah ku lalui bersama teman-teman serumah. Kalau nak diceritakan di sini, pasti tak akan ada noktahnya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.