Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Tulisan ini langsung tidak berniat untuk menjatuhkan individu lain. Tulisan ini Sekadar ingin berkongsi rasa di laman maya ini.
Nasi Lemak Antara Bangsa itulah jenama semula yang diberikan kepada Nasi Lemak Kampung Baru. Kalau dua tahun yang lalu, keenakkannya memang segah namanya. Itulah yang pernah saya rasa dua tahun lalu. Dan itulah juga komen rata-rata orang yang pernah merasainya. Nasinya cukup lemak dan lembut kerana dikukus. Sementara beras yang digunakan juga adalah beras yang berpatutan dengan harga makanan tersebut. Masakan lauk pauknya juga boleh dikatakan (first class) rasanya.
Hari ini atas rasa inginkan kepastian terhadap rungutan ramai, yang mengatakan rasa Nasi Lemak Antara Bangsa tidak lagi seenak dulu, saya bersama keluarga telah ke Ampang Park untuk merasainya. Untuk menikmati dan mendapat keselesaan yang maksimum, saya lebih suka bungkus dibawa pulang.
Ya, setelah saya nikmati, saya juga sependapat dengan orang ramai. Rasa lauknya masih boleh tahan lagi, tapi rasa nasinya jauh sekali. Seolah-olah makan nasi biasa. Danberas yang digunakan juga adalah tidak selayak harga makanan tersebut.
Itulah masalah sebahagian orang kita, bila perniagaan sudah maju dan mampu membuka beberapa cawangan, maka kualiti rasa tidaklagi menjadi keutamaan. Andai dulu kualiti dan keenakan menjadi teras, tapi kini keuntungan telah mengambil alih. Bila terasa pelanggan susut, mula takdir dipersalahkan atau rakan sebelah memotong jalan.
Entahlah, bagi saya dalam apa perniagaan sekali pun, biarlah kepuasan pelanggan diutamakan. Kerana ianya melibatkan sumber rezeki kita yang bakal diberi makan keluarga sendiri dan akan menjadi darah daging sepanjang hayat kita. Punca sumber itulah yang bakal menentukan keutuhan sesebuah keluarga. Bagi saya, Bila mana rasa syukur sering bermain di dalam hati, Inshaallah kepentingan pelanggan tetap didahulukan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.