assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, January 31, 2012

BUAL PENGALAMAN

minggu lalu rumahku didatangi tetamu yang tak diundang. Ah, resah gelisah jiwa ini dibuatnya.

Sudahlah hadirnya mencuakan, dia begitu angkuh berlegar-legar ke setiap pelusuk rumahku, tanpa sedikit punya rasa segan silu.

Kata orang-orang tua, makhluk ini tak boleh disumpah seranah, kelak lagi mengganas tindak tanduknya. Entahlah aku sendiri tak pasti akan kebenaran falsafah itu, namun aku tetap percaya,selagi dia makhluk Allah, maka tetap tak boleh disumpah seranah.

Hampir seminggu juga ketenangan aku sekeluarga diganggu gugat. Mana tidaknya, takut-takut aku sekeluarga menjadi mangsa air kencingnya. Yalah, telah banyak kes kematian disebabkan virus yang terdapat didalam air kencing makhluk ini.

Puas aku menghidangkan makanan yang lazat-lazat sebagai umpan, namun satu pun tak disentuhnya. Nampaknya makhluk ini juga mengalami revolusi minda, semakin pintar akal manusia, semakin cerdik juga otak makhluk ini.

setelah setiap pelusuk rumah digeledah dan dibersihkan dengan bantuan (house cleaner), akhirnya terjumpalah sebuah lubang kecil yang kami percaya,itulah ruang yang membolehkan makhluk ini menyelinap ke dalam rumahku. Kerana setelah disiminkan lubang itu, tiada lagi jejak-jejaknya serta kelibatnya juga tak lagi dilihat anakku.

Kini Alhamdulillah, ketenangan kembali menjadi miliku sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.