Sukar untuk menyangkal dakwaan pembangkang bahwa pemberian BR1M adalah bermotifkan politik.
Mana tidaknya, di dalam surat pemberitahuan tempat dan tarikh penerimaan BR1M, tercatat sekali kawasan parlimen penama. Apakah itu satu kebetulan?
Entahlah, tepuk dahi, tanyalah hati.
Maaf, blogger tidak dapat melampirkan surat pemberitahuan tersebut kerana ianya bukan hakmilik blogger.
Catatan ini tidak terarah kepada mana-mana pihak. Sekadar terluah hasil dari situasi semasa.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.