Cuti panjang minggu lalu aku ke Tapah, melawat kakak ipar yang baru menjalani operation yang agak sirius.
Alhamdulillah, kesihatannya stabil dan bekas operation juga menampakkan penyembuhan yang cepat.
Bagi aku dalam keadaan apa sekali pun, di samping rahmat Allah, semangat dan ceria adalah penawar paling mujiarab. Dan aku kira kakak iparku salah seorang yang kuat semangat.
Aku ke
Nak ditakdirkan rezeki aku, masuk saja Tapah, adikku ternampak restaurant Mi Rebus Tapah. Teringatkan akan cerita orang, yang mi rebus Tapah sedap, aku apa lagi segera meminta dia berhenti untuk berjamu selera di situ. So, dapatlah aku merasa keenakan air tangan orang Tapah agaknya.
Haha, nasib baik restaurant yang kami singahi, mi rebusnya memang sedap. Kuahnya pekat sehingga terasa lemak dan manis ubi keledik. Walau pun bahannya tak banyak, namun bagi aku, rasanya begitu memuaskan, dan harganya taklah mahal.
Keesokan harinya, on the way balik KL, anak-anak buahku merayu ibu ayah mereka agar singgah Cameron. Mahu tak mahu, untuk tidak membebankan telinga, adikku turutkan saja.
Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki di Cameron. Tapi sayang anak dan suamiku tak turut serta. Dan itulah pertama kali aku terpisah dari mereka. Rindu? Usah cakaplah. Sampai saja di rumah, bujang cilikku terus mengeluarkan airmatanya yang mungkin telah terkumpul dari semalam.
Oh, tersasar cerita.
Wau,jalan ke Cameron sungguh mencabar. Mana tidaknya, jalannya berbukit dan berbengkang bengkok. Silap-silap,boleh muntah dibuatnya. Nasihat aku, sebelum ke
Disepanjang perjalanan ke Tanah Rata, terdapat tempat perkelahan, kedai menjual craft tangan seperti tudung saji, kedai menjual sayur-sayuran segar, dan cenderahati.
Jarak antara Tapah ke Cameron ialah lebih kurang km 40, kalau tak silap.
Kerana masa agak suntuk, kami taklah naik hingga ke strobary farm.
Setelah begitu begini, dan membasahkan tekak dengan lemon tea (fresh tea), kami pun meninggalkan Cameron.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.