Imej di atas menunjukkan seorang warga emas sedang menjamu sang monyet.
Menurut pakcik Rahim, setiap pagi dia akan ke sini (satu kawasan dalam pekan Sungai Dua), dengan membawa buah-buahan untuk memberi makan sang monyet. Dia berbuat begitu sudah lebih setahun.
Setiap hari akan bertambah bilangan monyet yang berkerumun bila melihat pakcik Rahim.
Menurut beliau lagi, semakin hari, semakin ramai orang yang bermurah hati, memberi makan kepada sang monyet.
Terkadang seolah pesta lagaknya.
Berkebetulan hari kami bersama pakcik Rahim, tiada kelihatan teman-temannya yang lain.
Bila saya bertanyakan ke mana teman-temannya yang lain, kata pakcik Rahim, sebenarnya, pada kebiasaannya mereka akan ke situ lebih kurang jam 9.00 pagi. Tapi hari itu, oleh kerana kami nak ikut, pakcik Rahim terpaksa lewatkan sedikit masanya.
Wau, bila pakcik Rahim buka saja pintu kereta, berderu (banyak) monyet yang menghampiri pakcik Rahim.
Nampaknya, sang monyet juga mengalami krisis makanan, mungkin akibat dari pertambahan populasi yang drastik saban hari.
Apa yang dilakukan oleh pakcik Rahim dan teman-temannya, harus diberi pujian, kerana jika monyet-monyet tidak cukup makanan, risiko monyet-monyet tersebut mengganas di kawasan kampung berhampiran amat tinggi.
Contohnya di satu kawasan perumahan di ampang, mungkin kerana tidak cukup makanan di kawasan sekitar, rumah-rumah penduduk di sini menjadi mangsa.
Monyet-monyet di sini sentiasa mencari ruang untuk masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan makanan.
Begitu juga beberapa kampung di Langkawi. Menurut beberapa orang pemandu teksi, mereka langsung tidak boleh mendedahkan pintu, mahu pun tingkap, kerana ditakuti monyet akan masuk ke dalam rumah.
Bila masuk ke dalam rumah, sang monyet akan menggeledah apa saja di dapur.
Tak mustahil, andai satu hari, monyet berkeliaran di bandar-bandar kecil.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.