pagi tadi di MHI, telah dibicarakan, bagaimana hendak membezakan barangan kulit dari kulit khinzir dengan kulit haiwan yang lain, sebelum membeli.
Saya amat bersetuju dengan Dato’ Makmor, pemimpin PPIM yang menyarankan, peniaga wajib mengasingkan barang kulit halal dan tidak halal di berlainan tempat dan wajib meletakkan di dalam casing yang transparence.
Mungkin bagi orang-orang normal (celek) boleh melihat tanda 3 dot, jika sesuatu barangan itu dibuat dari kulit khinzir, tetapi bagi OKU pengelihatan, ianya tak mungkin dapat dilakukan.
Pernah suatu ketika, saat saya memilih handbag yang sesuai, tetiba seorang pelanggan cina memberitahu saya, bahawa handbag yang disebelah saya, adalah tidak halal.
Kan menyusahkan saya, andai saya terpegang bag itu? Kerana ianya bukan melibatkan saya seorang, tapi akan melibatkan suami saya pula, kerana tangan saya akan memegang suami, bila berjalan.
Bagi saya, sebagai negara diwar-warkan sebuah negara islam, masalah percampuran barangan halal dan tidak halal tidak harus berleluasa.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.