Buat masa ini, saya kira wang siling baru masih belum dapat dimesrakan oleh gulungan OKU pengelihatan seperti saya. Ini disebabkan wang siling baru lebih ringan dan lebih kecil dari wang siling lama.
Bila wang siling baru digaulkan dalam wang siling lama, ia akan mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti nilai wang siling baru.
Contohnya: wang siling baru 10 sen, lebih kecil dari wang siling 10 sen lama. Dan beratnya lebih kurang wang 1 sen lama.
Begitu juga dengan wang 50 sen baru, lebih kecil dan ringan dari 20 sen lama,sementara besar dan berat 20 sen baru lebih kurang 10 sen lama.
Oleh kerana wang siling lama masih bebas di pasaran, maka, ianya agak mengelirukan kami OKU penglihatan dalam mengnal pasti nilai satu-satu siling.
Di bawah, saya petik beberapa rungutan rakan OKU pengelihatan, yang dipetik dari salah sebuah list dalam negara:
“Salam rakan-rakan. Dah dapat atau dah jumpa dengan wang siling yang
baru tu? Saya baru jumpa 20 sen. Rasanya agak mengelirukanlah siling
tu! Saya belum lagi jumpa 5 sen, 10 sen dan 50 sen. Sejauh mana ia
mesra dengan kita agaknya ya?”
“salam rakan2, saya dah pegang dah syiling 50 sen. alamak keciknya adalah lebih kecik sedikit dari 20 sen dulu. saya sendiri pening macam mana nak kenal duit-duit syiling tu semua. kalau duit kertas mungkin taklah kisah lagi pun ada pengukur.”
“waalaikumsalam, saya dah jumpa duit 5sen, bentuknya seakanakan duit satusen, yalah agak mengelirukan, mungkin sebab belum biasa jumpa kot. duit 50sen pun saya dah jumpa, bentuknya lebih kurang sebesar 20 sen lama tapi di kelilingnya ada gerigis”
Jika diperhatikan dari rungutan di atas, wang siling baru ini lebih mudah kami OKU pengelihatan kendalikan andainya semua wang siling lama telah lenyap dari pasaran.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.