Setelah aku merisik pada cik Google, tentang isi kandungan buku “Where Did I Come From”, maka tahulah aku serba sedikit perihal isi kandungannya.
Bagi aku secara peribadi, buku seumpama ini agak tidak sesuai untuk anak-anak yang berusia bawah 9 tahun.
Rasanya, ketika anak-anak berusia 4 – 8 tahun, elok kita kenalkan mereka pada tubuh sendiri terlebih dahulu, dan semaikan amalan kebersihan terhadap tubuh badan mereka.
Belikan buku yang mudah difahami dalam mengenali struktur tubuh sendiri. Contohnya, komik Ikhtiar Hidup Explorasi Tubuh Manusia.
Di dalam buku ini, anak-anak didedahkan secara detail anggota tubuh serta organ-organ di dalamnya di samping fungsi-fungsinya.
Bagi aku, buku “Where Did I Come From” boleh mula diberikan ketika anak berusia 9 tahun. Kerana ketika ini, mereka mula memasuki alam remaja. Dan bagi anak perempuan, usia begini ada yang telah didatangi haid.
Walau bagaimana pun, buku-buku yang seumpama ini hendaklah dibaca bersama oleh parents dan anak, agar tidak berlaku kekeliruan dimminda anak yang masih muda. Sementara ibu bapa pula hendaklah bersedia membuka minda bila menerima persoalan dari anak-anak.
So, bagi pendapat peribadi aku, sama seperti beberapa columnist akhbar tempatan, tidak perlulah buku ini diberhentikan penjualannya. Aku kira, ibu bapa yang membeli buku ini sudah pasti mengenali peribadi anak mereka dan tentu mereka bersedia memandu kearah positif.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.