Bila ada diantara kami, berjual tisu/book mark/kacang/kerepek dari meja ke meja, kami dianggap pengemis. Tetapi bilamana kami pengusaha reflexology memohon lesen operasi, kenapa dipersendakan pula?
Permohonan lesen operasi kami telah berlarutan setahun lamanya. Sedang wang rm 400 telah dibayar sebagai upahan kerja.
Bila kami menalifon runner (orang suruhan pegawai MPAJ), untuk bertanyakan status permohonan kami, jawaban yang diterima, “permohonan awak tersangkut kat polis. Kalau nak cepat kena baya rm 1000.”
Mendengarkan rm 1000, kami terpaksa merelakan diri untuk terus menunggu. Tetapi sehingga ke hari ini, penantian kami seolah menanti buah yang takkan gugur.
Kerana tidak puashati dan mula curiga, bila mendapati resit yang ada dalam simpanan kami hanya tertera tarikh, pagi tadi kami sendiri telah pergi ke MPAJ untuk bertanya khabar.
Setelah meminta pegawai di bahagian perlesenan di tingkat 13, MPAJ, membuat semakan, ternyata permohonan kami tiada dalam senarai. Ini bermakna, permohonan kami tidak dihantar ke bahagian pemerosesan lesen.
Naik juga suhu hati ini, bila pegawai bertugas memberitahu kami keadaan sebenar dengan tanpa rasa kesal atas kesalahan yang dilakukan oleh rakan sejawatnya.
Mahu tidak mahu, terpaksalah kami mengambil borang permohonan baru. Dan kali ini, biarlah kami sendiri bersusahpayah berurusan dengan bomba dan polis untuk melengkapkan borang permohonan.
Kepada encik N dan runnernya encik M, rasanya tak berbaloi anda hendak membayar dosa yang anda lakukan dengan hanya rm 400 di hadapan Allah kelak.
Bagi saya, parti mana sekali pun memerintah, andai kakitangannya hanya mementingkan pengisian perut sendiri, maka terus-terusanlah rasuah dan penipuan/ketidak kekapan berlaku.
Hmmm.. bila berusan dengan pihak majis kerajaan tempatan, sure ada pihak yang akan mengambil kesempatan sebab ada kaitan dengan lesen dan sebagainya. pihak majlis tidak ada melantik mana mana pihak untuk menjadi perantara bagi sebarang permohonan sedemikian. so sentiasa lah berhati-hati. kita jangan mengundang perbuatan memberi "rasuah" dalam terang..
ReplyDeletehai anonymous, saya kira kes di atas bukanlah rasuah,namun lebih kepada penipuan.
ReplyDeletekerana wang rm 400 adalah merupakan wang upahan kerja termasuk bayaran lesen.