assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, September 14, 2011

"TAHNIAH SAYANG"

"tahniah sayang"

 

Kata-kata di atas sering aku ungkapkan kepada Si Kecilku, bila dia berjaya melakukan sesuatu.  Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat ke dalam diri Si Kecilku untuk melakukan lebih baik dihari esok.

 

***miski diminggu pertama agak sukar baginya menghabiskan puasa sehari, namun Alhamdulillah, berkat kesungguhan dia melawan nafsu minum air, maka, berjaya juga dia menyelesaikan puasa penuhnya selama 23 hari.

 

Bersyukur aku, kerana dia berpuasa tanpa meminta imbuhan material.

 

Mudah-mudahan ditahun mendatang, Haikal mampu menyempurnakan puasa dibulan Ramadhan dengan lebih sempurna lagi.

 

Walau sekecil mana pun kejayaan si kecil kita, ucapkanlah "tahniah", pasti timbul keseronokan dan semangat berkobar-kobar dalam hati mereka.

 

Tidak dinafikan,fitrah manusia suka akan pujian serta penghargaan.  So, begitulah dengan diri si kecil kita.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.