assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, September 7, 2011

KEMBARA RAYA2

Setelah kepenatan reda dan badan kembali segar, tepat jam 5.30 kami kembali melangkah keluar rumah untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu pula.

 

Oleh kerana jalan raya di bandar KL masih tenang, maka perjalanan kami ke KLIA hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

 

Kami tiba di KLIA lebih kurang jam 6.00 petang.  Jadual penerbangan kami ialah pukul 7.45 malam, maka dapatlah kami ronda-ronda seketika demi menjamu mata Haikal.  Maklumlah, ini adalah kali pertama dia ke mari sejak akalnya mumaiyiz (boleh membezakan).

 

Tepat jam 7.15, kami dikehendaki chek-in.  seperti biasa, mana-mana syarikat penerbangan, akan memberi keutamaan kepada penumpang OKU, warga emas mau pun kanak-kanak, menjadi orang first menaiki pesawat.

 

Setelah lebih kurang 10 minit pesawat berlegar-legar di landasan untuk mencari kekuatan, maka tepat 7.55, boeing 737400 mula meluncur ke udara untuk meninggalkan KLIA.

 

Tepat jam 8.50, pesawat mencecahkan rodanya di bumi Terengganu.  Sekaligus menukarkan pertuturan loghatku dari bahasa kebangsaan ke loghat Terengganu.  Hahaha.

 

Di airport Sultan Mahmud, telah tersedia menunggu abang keduaku.  Airport Sultan Mahmud terletak di pekan Seberang Takir, sedang rumah orang tuaku terletak di pekan Padang Midin.  Jarak antara keduanya lebih kurang 30 minit perjalanan berkereta.

 

Miski kedua-dua pekan ini terletak dalam daerah yang sama, iaitu Kuala Terengganu, namun ia dipisahkan oleh sungai Terengganu yang dihubungkan dengan jambatan Sultan Mahmud.

 

***di samping bergaul mesra dengan adik beradik dan ibu ayah tercinta, kepulanganku kali ini terasa mendapat bonus.  Mana tidaknya, terlalu gembira hati ini kerana dapat menghadiri majlis perkahwinan seorang anak muda yang lebih dua dekad lalu dijaga oleh ibuku.  Dan beliau terlalu rapat dengan aku adik beradik.  Sayang, aku tak sempat merakamkan imej beliau buat kenangan.

 

***setelah tiga hari tiga malam bermukim bersama ibu ayahku, Sabtu malam, tibalah masa yang agak sedih untuk dilalui biar pun ianya sudah biasa dialami olehku.

 

Lebih kurang jam 8.00 malam, aku, suami dan Haikal meninggalkan rumah orang tuaku dengan dihantar oleh abang keduaku ke airport.

 

Seperti biasa, air mata  ini tetap menitis tiap kali saat berpisah dengan ibu ayah tercinta.  Kalau nak diikutkan hati, sudah pasti tak pernah puas berdampingan dengan mereka, namun demi kelangsungan hidup dan  sebuah kehidupan, bahawa hak diriku disisi suami, maka situasi pertemuan dan perpisahan dengan ibu ayah adalah suatu saat yang paling indah dan berharga di dalam hidupku.

 

Tepat jam 9.10, pesawat yang ku tumpang gagah meluncur ke udara untuk meninggalkan bumi Terengganu, tanah tumpah darahku.

 

Lebih kurang jam 11.00 malam, Alhamdulillah, aku suami, dan anakku selamat menjejakkan kembali kaki kami di (our sweet home).

 

Alhamdulillah, percutian raya kali ini masih di dalam rahmat Allah dan lindungannya,miski sedikit kepenatan akibat terdapat kecuaian kami mungkin.  Haikal juga ku lihat begitu enjoy bertemu sepupu-sepupunya yang jarang dapat bertepuk tampar.  Miski keesokan harinya, iaitu Ahad, Haikal demam sedikit kerana kepenatan mungkin, namun dia masih mengatakan seronok pulang ke Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.