assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, September 6, 2011

KEMBARA RAYA

Atas tuntutan tugas, demi keselesaan hidup, aku dan family pulang ke kampung agak lewat sedikit syawal kali ini.

 

Tanggal 29 Ogos, kami meninggalkan Bandaraya dengan menaiki bas express Trans Nasional, Kuala Lumpur Gemas.

 

Kami tiba di TBS (Terminal Bas Bersepadu) lebih kurang jam 8.00 pagi, sedang bas yang bakal kami naiki ialah jam 10.00.  so, untuk tidak menimbulkan kebosanan pada Haikal, kami ke seven eleven yang terletak berdekatan dengan tempat menunggu untuk membeli sebuah dua buku yang boleh dijadikan pengisi ruang yang terluang.

 

Lebih kurang jam 9.30, kami turun ke balai berlepas.  Ern, ketat juga langkah keselamatan yang diambil, mana tidaknya, hanya mereka yang memegang tiket bas sahaja dibenarkan turun ke balai berlepas.  Disetiap tangga, bersedia seorang polis yang ditugaskan untuk memastikan pemegang tiket sahaja yang turun.  Mudah-mudahan langkah sebegini akan berterusan sepanjang masa.

 

Alhamdulillah, ketibaan bas mengikut jadual.  Tepat jam 10.05, bas yang kami naiki telah meninggalkan TBS.

 

Lebih kurang dua jam perjalanan, kami tiba di Sungai Dua, distinasi kami.  Sungai Dua sebuah pekan yang terletak dalam daerah Gemas Negeri Sembilan.

 

Di sini, kami telah dijemput oleh abang suamiku.  Kampung suamiku terletak di felda Bukit Jalur.  Dari Sungai Dua ke felda Bukit Jalur, memakan masa 10 minit perjalanan.

 

***setelah dua hari dua malam beraya di kampung suamiku, dipagi raya kedua, kami terpaksa bermohon diri untuk pulang ke KL kerana disebelah petangnya, kami akan meneruskan perjalanan ke kampung belah aku pula di Terengganu.

 

Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami meninggalkan kampung halaman suamiku dengan perasaan yang belum puas sedang bermukim dihati sang suami.  Sementara aku? Ah, sudah tentu wujud perasaan tidak sabar bertemu ibu ayah tercinta.

 

Kerana sudah ketentuan Allah ke atas kami, mungkin untuk menguji kesabaran, tarikh yang tercatat di atas tiket bas teleh tersalah tulis.  Tidak dapat hendak ku pastikan salah siapa, samada suamiku atau kerani kaunter, kerana aku tidak turut serta sewaktu tiket dibeli tempoh hari.

 

Tarikh perjalanan kami sepatutnya pada 31 Ogos, tetapi tarikh yang tercatat di atas tiket tersebut ialah pada 1 September.  Berkebetulan kaunter tiket bas pada hari itu tidak dibuka, dan perkhidmatan bas dari Tampin ke Kuala lumpur hanya satu, iaitu TransNasional, maka mahu tidak mahu, kerana tiada pilihan, kami terpaksa menaiki bas berhenti-henti.

 

Dari Tampin, kami terpaksa berhenti di Terminal Bas Seremban untuk meneruskan perjalanan ke KL.  Ah, satu perjalanan yang memenatkan.  "kasihan Haikal" detik hatiku.

 

Disepanjang perjalanan dari Tampin ke Seremban, bas hanya dipenuhi oleh Mad dan Minah bangla, indon, negro dan nepal.  Hahaha, bagai berada dalam kenderaan internasional lah pula.

 

Sewaktu di Terminal Bas Seremban, orang punyalah ramai hendak menaiki bas SKS (Syarikat Kuala Lumpur Seremban).  Menurut Haikal, lebih 100 orang sedang line up.  Nasib kami agak baik, kerana dibenarkan menjadi penumpang pertama menaiki bas.  "terima kasih SKS."

 

Kami selamat tiba di (our sweet home) lebih kurang jam 3.30 petang, suatu perjalanan yang panjang.

 

 

bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.