Semalam, aku berkesempatan menyertai sebuah seminar yang dianjurkan bersama oleh PERTIS (Persatuan Orang Cacat Pengelihatan Islam) dan JAWI (jabatan Agama Islam Wolayah). Seminar berjodol “OKU Pengelihatan Mampan”.
Di sini, aku tidaklah mahu mengesahkan tentang perjalanan seminar tetapi ingin menyelitkan secebis cerita dalam aktiviti sampingan ketika ahli penel sedang khusyuk berhujah.
Entahlah.. aktiviti sampingan pasti wujud di mana sahaja berlangsung majlis perhimpunan rasmi/tak rasmi.
Tatkala salah seorang ahli panel menjawab persoalan ‘bolehkah seseorang Tukang Urut mengurut badan jantina berlawanan’, adalah seorang hamba Allah ni, turut bersungut-sungut tak berapa jauh dari kerusiku.
Kata hamba Allah tu: “bergantung pada niatlah”. Berkali-kali dia mengulangi kata-kata tu. dan kata-katanya disokong pula oleh beberapa kawannya.
Entah kenapa mulutku ringan pula nak mencelah. setelah tamat ahli panel tu memberi hujah. aku pun berkata pada hamba Allah tadi.
Kataku: “haram, tetap haram. Niat tak menghalalkan cara.”
Tetiba saja hamba Allah tu angin dengan jawabanku. Lantas dia menimbulkan persoalan bagaimana pula dengan doktor lelaki yang menguruskan wanita bersalin?
Mahu takmahu aku layan ajelah hamba Allah tu.
Kataku: “lihat situasi. Keperluan atau kemahuan. Adakah dengan menolak rawatan dari doktor lelaki tu, boleh melibatkan nyawa awak? Atau kalau awak tak berurut dengan lelaki, juga boleh menyebabkan awak mati?”
Terus hamba Allah tu mendiamkan diri, berfikir agaknya.
Bagi aku, hukum hakam ni jangan dipandang remeh. Kalau kita punya lebih WANG, kita juga boleh menentukan doktor yang sama jantina untuk merawat kita. Pastilah ianya boleh dilakukan di pusat-pusat rawatan swasta yang semakin hari, semakin tinggi kos rawatan.
Baegitu juga dengan rawatan urut. Masa kini, ramai tukang-tukang urut wanita dan lelaki. Dan yang paling penting, rawatan ini hanyalah rawatan sampingan yang tidak memberi kemudaratan nyawa, kalau tidak melakukannya.
Sesungguhnya, Allah maha mengetahui, mengapa dan kenapa sesuatu hukum itu diturunkan kepada hambanya. Kita sebagai hamba, hendaklah melaksanakan segala arahannya sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.