Alhamdulillah, Sabtu lalu, bersamaan 24 September, dengan keizinan Allah, aku telah berkesempatan menghadiri kursus kepenggunaan Ebraille Alqur'an anjuran PERTIS (persatuan Orang Buta Islam), dengan kerjasama pencipta gajet tersebut iaitu Fakulti Kejuteraan Makanikal UTM Skudai.
Dek kerana pada Febuari lalu, aku telah menghadiri demo gajet tersebut, maka, bila mana aku mendapat tahu bahawa pihak PERTIS dan FKM, UTM Skudai, akan mengadakan kursus Kepenggunaan Ebraille Alqur'an, aku amat teruja untuk menghadirinya.
Di dalam kursus tersebut, peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar bagaimana mengendalikan gajet Ebraille Alqur'an.
Setiap peserta diberi peluang menghak milik sementara sebuah panel. Jadi, bagi aku, walau pun kursus hanya dijalankan sehari, tetapi ianya amat memumanafaatkan diri ini.
Bagi aku, secara peribadi, panel Ebraille tersebut tidaklah complicated cara penggunaan-nya.
Dengan mempunyai beberapa short cut keys yang asas, aku rasa, ianya mudah dikendalikan oleh sebahagian besar OKU pengelihatan yang haus dan cintakan alqur'an.
Gajet Ebraille Alqur'an ini disediakan USB untuk membolehkan ia disambungkan ke computer biasa. Dengan penyambugan ke computer biasa, ia membolehkan gajet ini digunakan sebagai satu alat bantuan pembelajaran alqur'an yang berkesan kepada pelajar OKU pengelihatan.
Bagi aku, alangkah baiknya jika gajet ini dapat dilengkapi dengan terjemahannya sekali. Dengan ini lebih memudahkan orang-orang sepertiku yang ingin menghadiri kursus alqur'an anjuran MGOS normal.
Yalah, tidaklah kami ternganga bila para penceramah meminta ahli kursus merujuk terjemahan ayat tertentu.
Mungkin cadanganku boleh difikirkan:
*lengkapkan terjemahan dalam 2 bahasa:
*English dan
**bahasa melayu
Mungkin dengan mempunyai features ini, gajet Ebraille Alqur'an hasil anak tempatan boleh dipasakan ke luar negara. Kerna setahu aku, setakat ini, belum ada lagi gajet seumpama ini di pasaran dunia.
Apa pun, dengan terciptanya gajet Ebraille Alqur'an oleh FKM UTM, Skudai, memberi seribu rahmat buat kami OKU pengelihatan dan membolehkan kami aktif menghadiri kursus alqur'an anjuran sekolah anak-anak atau memudahkan kami menyertai kelas-kelas alqur'an anjuran masjid-masjid berhampiran tempat tinggal.
Ah, alangkah bertuahnya, jika mimpiku untuk memiliki gajet Ebraille Alqur'an ini menjadi kenyataan. Untuk membeli sendiri, ianya amat sukar dilaksanakan kerana kosnya mencecah rm 30 ribu sebuah.
Oh ya, terima kasih bebanyak kepada FKM,UTM Skudai, dan PERTIS, kerana memberi kami kursus secara percuma. Tidak cukup dengan itu, sarapan, makan tengah hari dan minum petang disediakan secara percuma oleh pihak penganjur.
Kepada pasukan penyelidik FKM, UTM Skudai, jasa kalian amat kami sanjungi. Cetusan minda dan kreativiti kalian sungguh besar erti buat kami. Moga Allah terus merahmati hidup kalian. Hanya doa yang mampu kami berikan kepada kalian.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.