assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, September 19, 2011

DINAR IRAQ

Mungkin perkhabaran ini telah diketahui umum ssejak 10 tahun lalu atau ada diantara kita yang baru saja terdedah dengannya seperti diri saya.

 

Apa-apa pun, berhati-hatilah, agar kita tidak terpedaya dengan kata manis mengghairahkan dari mereka yang sedang memperniagakannya.

 

***Dua tiga hari lalu, saya didatangi oleh kenalan yang kini giat memperniagakan dinar Iraq.

 

25 ribu dinar dijual dengan harga rm 150 untuk awam,tetapi untuk kawan, ianya diniagakan dengan harga rm120.

 

5 ribu dinar Iraq diniagakan rm 20 – 50.

 

Dinar-dinar ini kononnya akan bernilai pada March 2013.  iaitu selepas 10 tahun Iraq diceroboh.

 

1 dinar akan mencecah 1 dolar US atau lebih, pada March 2013 kelak.  Kalau saya ini rabun hati dan rabun telinga, pasti saya terpengaruh dengan kata-kata manis yang membahagiakan itu.

 

Siapa yang tidak mahu menjadi kaya.  Modal hanya rm 600, dalam masa tak sampai dua tahun, boleh mendapat pulangan sebanyak rm 100 ribu.  "kayo den"hahaha.

 

Alhamdulillah, akal masih menguasai naluri, maka saya ignore kan saja.  Mentelah lagi seperti umum tahu, bukan mudah untuk sesebuah negara yang hancur bagai "padang jarak padang tekukur", berdiri gagah kembali.

 

Pasti anda tertanya dari mana saya memperolehi imej dinar Iraq.  Saya mendapatkannya dari seorang rakan yang telah membelinya dan sedang mengira keuntungan berlipat ganda dua tahun mendatang.

 

Untuk kesahihan, saya telah bertanya kepada mereka yang arif.

 

Menurut sumber tersebut, dinar Iraq ini sudah diniaga secara gelap (black market) dalam negara kira-kira 10 tahun lalu.  Tetapi ianya kurang mendapat sambutan maka, aktiviti itu terhenti seketika.  Menurut sumber itu lagi, dinar Iraq yang sedang diniagakan hari ini disyaki palsu.

 

Buatlah perkiraan yang waras, usah kerana mengejar sesuatu yang belum pasti, apa yang ada hari ini dilepaskan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.