assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, July 26, 2011

SIMBANG TELATAH ANAKKU

Semalam dia pulang dengan keagaembiraan berganda. Apa tidaknya, dari jauh aku sudah mendengar jeritan suaranya memanggil-manggil namaku.

Sesampai di muka pintu, seperti biasa tanganku dicium mesra.

“ma, hari ni saya dapat hadiah kerana kelas saya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ‘kebersihan’ kelas.

Spontan mulutku mengucapkan tahniah. Lantas, segera beg hadiahnya disuakan ke tanganku.

Selesai minum air yang ku sediakan, apa lagi, mulalah dia bercerita umpama bertih yang sedang digoreng. Aku hanya mampu tersenyum sambil mencelah sesekali.

Menurutnya, dia sungguh gembira kerana semua anak buahnya mendengar cakap dan sentiasa bekerjasama dalam menjaga kebersihan kelas.

Mendengarkan begitu semangat dia bercerita, dalam hatiku berdoa mudah-mudahan tokoh kepimpinan muslim sejati akan terus subur dalam dirinya. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.