Alhamdulillah, hujung minggu lalu, aku berkesempatan pulang ke kampung suamiku untuk menjenguk orang tuanya.
Berkebetulan, tuan-tuan punya kereta yang sering aku tumpang, semuanya tiada kelapangan, maka terpaksalah aku menjejakkan kaki ke Terminal Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan. Itulah pertama kali aku ke
Jujur aku katakan, tempatnya sungguh mudah untuk dikunjungi oleh orang blind. Mana tidaknya, dari stesen lrt ke Terminal bas, telah disediakan flyover dan tidak terdedah dek hujan dan panas.
Flyover ini menghubungkan stesen lrt ke level 2 terminal bas. Sementara kaunter tiket berada di level 3 dan balai berlepas pula berada di tingkat 1.
Untuk memudahkan pengguna OKU, lif disediakan.
Erm, ketibaan aku di kampung, disambut oleh kemeriahan lambaian buah-buahan. So, dapatlah aku merasa keenakan durian yang baru seminit dua gugur dari pokoknya. Ya Allah, keenakkan rasanya memang jauh berbeza dengan durian yang dibeli.
Keghairahan menikmati durian yang baru gugur, hanya pada aku dan suami sahaja. Anakku? Dia hanya memandang sepi. Bila dipaksa makan oleh Uwan dan atuknya, dia muntahkan kembali. Alasannya, busuk.
Aku hanya tersenyum melihat telatahnya, kerana telah ku tahu sejak azali lagi, dia seolah-olah tidak tahu menghargai kenikmatan raja buah itu. Mungkin belum tiba masa untuk dia mencuba semua makanan agaknya.
Setelah dua hari bermukim di kampung, aku pun pulang semula ke teratakku tanpa membawa sebiji pun buah-buahan miski didesak oleh mertuaku. Yalah, tidak mudah untuk aku membawa beg tambahan bila menggunakan transport awam.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.