assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, July 12, 2011

BUAL PENGALAMAN

“jangan kata tidak, sebelum mencuba.”
Kata-kata di atas sekadar motivasi buat diri sendiri.

Ya, menyorot kembali pengalaman beberapa tahun lalu, terasa malu pada diri kerana merendahkan kebolehan sendiri.

Ketika anakku baby, setiap minggu, aku dan suami membawanya ke kedai penjagaan kuku untuk memotong kukunya.

Kami lakukan begitu sehinggalah anakku berusia setahun setengah. Oh ya, sudah tentu pemilik dan pekerja kedai tu amat mengenali kami. Terkadang terasa malu, kerana nampak saja kelibat kami, mereka dengan ramah menyapa serta mendatangi kami dengan clipper ditangan. Aku hanya mampu tersenyum biar pun menyirap rasa malu di wajah.

Apa pun terima kasih bebanyak pemilik dan pekerja kedai kuku Ampang Point.

Mungkin menebal kecintaan pemilik kedai terhadap kerja sosial, maka, memotong kuku anakku juga dikategorikan salah satu kerja sosial mereka karna dari awal kehadiran kami di situ sehinggalah pemindahan kedai itu dari Ampang Point ke tempat lain, tiada langsung sen yang diambil dari kami.

Dek kerana tiada lagi kedai kuku tempat kami menumpang senang, maka bermulalah proses percubaan untuk aku melakukan sendiri tugas memotong kuku anakku.

Pertama kali meletakkan clipper ke jari kecil anakku, gementar usah cakaplah. Namun atas rasa itu satu tanggungjawab seorang ibu, mahu tidak mahu, aku kuatkan semangat dan dengan kalimah BESMILLAH HERRAHMAN NIR RAHIM, aku tekan clipper. Sekali, dua kali, tiga kali.

Alhamdulillah, setelah selesai satu jari, dan tiada reaksi kesakitan dipihak anakku, gementar mula mengendur, lalu timbul semangat “aku boleh” diminda.

Dengan semangat masih menyala, dan penuh hati-hati, aku meneruskan penyelesaian terhadap ke atas sepuluh jari kecil anakku.

Oh ya, pastilah aku lakukan sewaktu dia sedang ghalid melayan matanya untuk tidur. Aku lakukan ketika itu, kerna aku mahu respon darinya kalau dia terasa sakit.

Clipper yang aku gunakan adalah clipper yang memang khas untuk baby.

Erm, memanglah pemotongan yang pertama tu tidak cantik, tapi ianya bertambah baik dari masa kesemasa.

Itulah kata pepatah, “jangan kata tidak, sebelum mencuba.”

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.