assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, July 8, 2011

BUAL ISU SEMASA

Sesungguhnya, setiap manusia di bumi Allah ini berisiko tinggi untuk melakukan dosa samada dalam sedar maupun diluar sedar. Perlakuan dosa ini tidak mempengaruhi bentuk fisikal seseorang, samada buta, lumpuh atau sebagainya.

Jika pernyataan ini digunapakai dalam kehidupan kita, maka, tidak akan timbul pandangan serong ke atas sesebuah masyarakat minoriti, bilamana ada individu di dalam minoriti tersebut telah terlanjur membuat dosa.

Tetapi malangnya, pegangan bahawa, si buta atau si lumpuh adalah manisia luar biasa dan tidak layak membuat dosa, maka, tercetuslah situasi apa yang sedang kami minoriti (buta) rasakan hari ini.

Ianya hanya kerna seorang individu yang tidak bertamadun membuat onar, dan diambil kesempatan lagi oleh wartawan yang ingin melariskan akhbar syarikat dengan menulis tajuk yang bagi saya boleh memberi impak negatif ke atas periuk nasi sebahagian dari kami minoriti (buta).

Saya sebagai sebahagian dari minoriti buta, menyeru kepada seluruh ahli minoriti buta, bersamalah kita mempertingkatkan iman dengan sentiasa memperbaharui ilmu akhirat lalu mempraktikkan seikhlas hati di samping istiqamah berdoa agar diri kita terhindar dari fitnah dunia dan akhirat.

“Fitnah dunia” di sini adalah segala perbuatan keji yang memalukan diri sendiri, keluarga maupun masyarakat.

“fitnah akhirat” adalah seksaan yang tidak terperi dari Allah Ya Zaljalal.

hanya dengan pemagaran iman yang kukuh, dan rahmat dari NYA sahaja, kita sebagai hamba kerdil dapat melalui liku-liku kehidupan dengan mudah dan selamat.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.