mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.
Wednesday, July 27, 2011
SELAMAT DATANG RAMADHAN ALMUBARAQ
Singgah di famasi membeli ubat;
Ramadhan hampir menyingkap tabirnya,
Bakal terbuka seribu pintu taubat.
Bayi lapar diberi susu,
Sesudah kenyang langsung terlena;
Sebulan berpuasa melawan nafsu,
Mentarbiyah diri menjadi lebih sempurna.
Orang bujang bertanam lada,
Hasilnya terjual ke Singapura;
Berbuka puasa biarlah berpada,
Tidak membazir kesihatan terpelihara.
Semerbak harum bunga tanjung,
Gugur ke tanah berselerak;
Wahai teman-teman pengunjung,
Selamat menyambut ramadhan almubarak.
Tuesday, July 26, 2011
SIMBANG TELATAH ANAKKU
Sesampai di muka pintu, seperti biasa tanganku dicium mesra.
“ma, hari ni saya dapat hadiah kerana kelas saya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ‘kebersihan’ kelas.
Spontan mulutku mengucapkan tahniah. Lantas, segera beg hadiahnya disuakan ke tanganku.
Selesai minum air yang ku sediakan, apa lagi, mulalah dia bercerita umpama bertih yang sedang digoreng. Aku hanya mampu tersenyum sambil mencelah sesekali.
Menurutnya, dia sungguh gembira kerana semua anak buahnya mendengar cakap dan sentiasa bekerjasama dalam menjaga kebersihan kelas.
Mendengarkan begitu semangat dia bercerita, dalam hatiku berdoa mudah-mudahan tokoh kepimpinan muslim sejati akan terus subur dalam dirinya. Inshaallah.
Monday, July 25, 2011
BUAL SANTAI
Alhamdulillah, hujung minggu lalu, aku berkesempatan pulang ke kampung suamiku untuk menjenguk orang tuanya.
Berkebetulan, tuan-tuan punya kereta yang sering aku tumpang, semuanya tiada kelapangan, maka terpaksalah aku menjejakkan kaki ke Terminal Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan. Itulah pertama kali aku ke
Jujur aku katakan, tempatnya sungguh mudah untuk dikunjungi oleh orang blind. Mana tidaknya, dari stesen lrt ke Terminal bas, telah disediakan flyover dan tidak terdedah dek hujan dan panas.
Flyover ini menghubungkan stesen lrt ke level 2 terminal bas. Sementara kaunter tiket berada di level 3 dan balai berlepas pula berada di tingkat 1.
Untuk memudahkan pengguna OKU, lif disediakan.
Erm, ketibaan aku di kampung, disambut oleh kemeriahan lambaian buah-buahan. So, dapatlah aku merasa keenakan durian yang baru seminit dua gugur dari pokoknya. Ya Allah, keenakkan rasanya memang jauh berbeza dengan durian yang dibeli.
Keghairahan menikmati durian yang baru gugur, hanya pada aku dan suami sahaja. Anakku? Dia hanya memandang sepi. Bila dipaksa makan oleh Uwan dan atuknya, dia muntahkan kembali. Alasannya, busuk.
Aku hanya tersenyum melihat telatahnya, kerana telah ku tahu sejak azali lagi, dia seolah-olah tidak tahu menghargai kenikmatan raja buah itu. Mungkin belum tiba masa untuk dia mencuba semua makanan agaknya.
Setelah dua hari bermukim di kampung, aku pun pulang semula ke teratakku tanpa membawa sebiji pun buah-buahan miski didesak oleh mertuaku. Yalah, tidak mudah untuk aku membawa beg tambahan bila menggunakan transport awam.
Tuesday, July 19, 2011
HAYATILAH SECEBIS KESAH
Mudah-mudahan beliau terus diberi kekuatan mental dan istiqamah menyayangi akan anaknya yang bagi saya terlalu istimewa.
Percayalah, besar nilai ganjaran di sisi Allah, andai puan Hamimah sukses menjalankan amanah yang diberi Allah kepadanya. Bukan calang-calang insan dapat menyelesaikan tanggungjawab seberat itu.
Tuesday July 19, 2011
Blind boy stumps docs
By SEAN YAP
newsdesk@thestar.com.my
JOHOR BARU: Most seven-year-old boys would be looking forward to
starting Year One in primary school, but this is not the case for
Muhammad Muharriz Halil.
Muhammad Muharriz, the second of three brothers, has been blind from
birth and is unable to speak or even walk properly.
He refuses to eat most types of food, resulting in him being physically weak.
Extreme handicap: Muhammad Muharriz has been blind from birth and is
unable to speak or even walk prop erly.
His mother Hamimah Zakaria, 33, said she had brought her son to three
hospitals, but the doctors were unable to determine what was wrong
with him.
“He used to be healthy and able to walk when he was four, but by the
time he was six, something happened and now he can barely crawl.
“My son cannot communicate properly either and will cry when he’s
hungry or he has defecated,” she said at her flat at Taman Desa Rakyat
Perdana in Pasir Gudang yesterday.
She added that she had tried to enrol him in SKPK Princess Elizabeth
here which offers education for visually-impaired students.
However, the school could not accept him because he was unable to be
independent.
State Welfare Department deputy director Bazlan Ismail said it would
look into the matter and would help the boy.
“Since he is blind, he is eligible for a disabled person’s allowance
of RM150 a month,” he said, adding that the department officers would
need to verify Muhammad Muharriz’s condition.
Wednesday, July 13, 2011
FITRAH ALAM
Berengsot sore
Kudrat tenaga
Kian berkurang
Bila usia
Berengsot sore
Memanik salji
Memitih di ubun
Bila usia
berengsot sore
Garis garis matang
Mula menyapa wajah
Penyakit galak bertamu
Bermukim
Bermaustautin
Di serata tubuh
Bila usia
Berengsot sore
Fitrah alam
Mendahului naluri.
Tuesday, July 12, 2011
BUAL PENGALAMAN
Kata-kata di atas sekadar motivasi buat diri sendiri.
Ya, menyorot kembali pengalaman beberapa tahun lalu, terasa malu pada diri kerana merendahkan kebolehan sendiri.
Ketika anakku baby, setiap minggu, aku dan suami membawanya ke kedai penjagaan kuku untuk memotong kukunya.
Kami lakukan begitu sehinggalah anakku berusia setahun setengah. Oh ya, sudah tentu pemilik dan pekerja kedai tu amat mengenali kami. Terkadang terasa malu, kerana nampak saja kelibat kami, mereka dengan ramah menyapa serta mendatangi kami dengan clipper ditangan. Aku hanya mampu tersenyum biar pun menyirap rasa malu di wajah.
Apa pun terima kasih bebanyak pemilik dan pekerja kedai kuku Ampang Point.
Mungkin menebal kecintaan pemilik kedai terhadap kerja sosial, maka, memotong kuku anakku juga dikategorikan salah satu kerja sosial mereka karna dari awal kehadiran kami di situ sehinggalah pemindahan kedai itu dari Ampang Point ke tempat lain, tiada langsung sen yang diambil dari kami.
Dek kerana tiada lagi kedai kuku tempat kami menumpang senang, maka bermulalah proses percubaan untuk aku melakukan sendiri tugas memotong kuku anakku.
Pertama kali meletakkan clipper ke jari kecil anakku, gementar usah cakaplah. Namun atas rasa itu satu tanggungjawab seorang ibu, mahu tidak mahu, aku kuatkan semangat dan dengan kalimah BESMILLAH HERRAHMAN NIR RAHIM, aku tekan clipper. Sekali, dua kali, tiga kali.
Alhamdulillah, setelah selesai satu jari, dan tiada reaksi kesakitan dipihak anakku, gementar mula mengendur, lalu timbul semangat “aku boleh” diminda.
Dengan semangat masih menyala, dan penuh hati-hati, aku meneruskan penyelesaian terhadap ke atas sepuluh jari kecil anakku.
Oh ya, pastilah aku lakukan sewaktu dia sedang ghalid melayan matanya untuk tidur. Aku lakukan ketika itu, kerna aku mahu respon darinya kalau dia terasa sakit.
Clipper yang aku gunakan adalah clipper yang memang khas untuk baby.
Erm, memanglah pemotongan yang pertama tu tidak cantik, tapi ianya bertambah baik dari masa kesemasa.
Itulah kata pepatah, “jangan kata tidak, sebelum mencuba.”
Monday, July 11, 2011
SIMBANG ICT
Alhamdulillah, setelah dua hari mentelaah, maka, semalam, aku telah boleh tersenyum puas kerna berjaya membereskan sebahagian tugas yang selama ini dijalankan oleh suamiku.
Ya, mungkin knowledge ICT ku agak ketinggalan dari teman-teman lain, namun aku tetap bersyukur, kerana masih diberi ruang untuk mengaplikasikan peggunaan ICT dalam kehidupan seharianku.
Paling tidak, aku telah dapat mengurangkan beabanan tugas yang didokong suamiku selama ini, dan secara tak langsung, dapat mengurangkan kos pengangkutan kami serta menyelamatkan banyak masa yang terbuang semasa dalam perjalanan atau sewaktu berurusan di kaunter-kaunter samada bank maupun pengangkutan awam.
Maka dengan ini, aku terasa fungsiku sebagai penasihat kewangan dalam keluarga lebih berdaya saing.
Friday, July 8, 2011
BUAL ISU SEMASA
Jika pernyataan ini digunapakai dalam kehidupan kita, maka, tidak akan timbul pandangan serong ke atas sesebuah masyarakat minoriti, bilamana ada individu di dalam minoriti tersebut telah terlanjur membuat dosa.
Tetapi malangnya, pegangan bahawa, si buta atau si lumpuh adalah manisia luar biasa dan tidak layak membuat dosa, maka, tercetuslah situasi apa yang sedang kami minoriti (buta) rasakan hari ini.
Ianya hanya kerna seorang individu yang tidak bertamadun membuat onar, dan diambil kesempatan lagi oleh wartawan yang ingin melariskan akhbar syarikat dengan menulis tajuk yang bagi saya boleh memberi impak negatif ke atas periuk nasi sebahagian dari kami minoriti (buta).
Saya sebagai sebahagian dari minoriti buta, menyeru kepada seluruh ahli minoriti buta, bersamalah kita mempertingkatkan iman dengan sentiasa memperbaharui ilmu akhirat lalu mempraktikkan seikhlas hati di samping istiqamah berdoa agar diri kita terhindar dari fitnah dunia dan akhirat.
“Fitnah dunia” di sini adalah segala perbuatan keji yang memalukan diri sendiri, keluarga maupun masyarakat.
“fitnah akhirat” adalah seksaan yang tidak terperi dari Allah Ya Zaljalal.
hanya dengan pemagaran iman yang kukuh, dan rahmat dari NYA sahaja, kita sebagai hamba kerdil dapat melalui liku-liku kehidupan dengan mudah dan selamat.
Monday, July 4, 2011
CATATAN BUATMU
Salam sayang buat anakku yang saat ini, sedang meraih ilmu dari ibu dan bapa didik.
Tahniah anakku, kerana kau telah memulakan langkahan di alam persekolahan dengan prestasi yang memberangsangkan. Miski kedapatan kelemahan di beberapa sudut, namun, mama percaya kau mampu memperbaikinya.
Anakku, dengan prestasi baik yang kau tonjolkan, ini membuktikan, kau jua mampu bersaing dengan anak-anak lain, yang ibu bapanya normal. Dan sekaligus mematahkan alasan dengkel yang dibuat oleh insan yang
Berbaloi rasanya mempertahankan kebolehanmu di hadapan insan-insan itu, bila melihat prestasimu hari ini.
Anakku, istiqamahlah kamu dalam mengejar kejayaan. Sesungguhnya, ilmu itu terlalu penting untuk melangsungkan hidup di dunia maupun akhirat.
Mama akan terus berdoa kehadrat Ilahi serta berusaha mengwujudkan ruang dan peluang dalam meletakkan dirimu di landasan yang mendapat redha dari DIA pemerintah seluruh alam.
Maka anakku, dirimu sebagai penggerak, hendaklah berusha semaksimumnya serta berdoa dengan penuh keikhlasan dalam mengisi ruang dan peluang yang terbentang di hadapanmu.