assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, October 4, 2010

PENGALAMAN "MAIN KUTU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. Dalam dua minggu lalu, kebanyakkan akhbar tempatan membicarakan tentang “main kutu”. Di sini saya tidaklah ingin membahaskan ketidak izinan undang-undang Negara kita terhadap “main kutu”, tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman sendiri.

Sebenarnya saya sendiri tak tahu yang “main kutu” adalah salah disisi undang-undang. Miski pun, saya sedia maklum dengan akta Bank Negara yang mewajibkan setiap individu atau persatuan/pertubuhan yang membuat pengumpulan wang dari orang ramai hendaklah berdaftar terlebih dahulu. Oleh kerana “main kutu” ni telah didedahkan kepada kita sejak kecil lagi dan ianya dijalankan secara terbuka samada di pejabat, di kampong mahu pun di taman-taman perumahan. maka, pada pandangan saya, ianya tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

Dulunya saya tidaklah ambil pusing sangat dengan risiko “main kutu” ni, tapi setelah saya sendiri terjebak dengan aktiviti ini dan telah mengalami kerugian, maka, bagi pendapat peribadi saya, “main kutu tinggi risiko untuk mendapat kerugian.

Lebih kurang 15 tahun lalu, ketika saya bekerja di syarikat swasta, melihatkan kawan-kawan rancak berbincang tentang seronoknya bila tiba giliran mendapat “duit kutu” dan timbullah keinginan saya untuk turut serta. Oleh kerana terlalu teruja, saya pun menyertai dengan dua nama. Satu nama, rm 100, ini bermakna, kalau saya sertai dengan dua nama, saya akan memperolehi dua kali. Tapi seperti mana saya katakan tadi, “main kutu” tinggi risiko, maka, kerana nasib tidak menyebelahi saya dan dengan kebodohan saya, saya mengalami kerugian rm 400. kerugian akan berlaku, jika ada antara ahli yang tidak jujur dan amanah.

Sejak itu, saya telah bertekad untuk tidak terlibat lagi dengan “main kutu” atau mana-mana skim pengumpulan wang yang tidak sah. Biarlah saya menyimpan berdikit-dikit, Inshallah, jika niat baik, lama kelamaan banyak juga dan yang penting bagi saya, tidak rugi kerana ditipu. Bagi saya, Untuk menjadi penyimpan istiqamah, ianya memerlukan disiplin yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.