assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, October 14, 2010

ITULAH BUDAYA KITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman.

Boleh dikatakan saban tahun kita dikejutkan dengan kemalangan tragis yang melibatkan kehilangan banyak nyawa. Pada ahad bersamaan 10 Oktober baru-baru ini,, kita sekali lagi dihidangkan dengan kemalangan yang sungguh menyayat hati. Kepada mangsa yang terus kehilangan hayatnya, Alhamdulillah, tiada penderitaan berpanjangan ditanggung.. Bagaimana pun, kesengsaraan emosi mungkin akan berlaku kepada mereka yang ditinggalkan. Kerana mungkin mangsa yang kehilangan nyawa itu adalah tonggak sesebuah keluarga.

Begitu juga bagi mereka yang mengalami kecederaan parah, bagaimana? Mereka harus menanggung kesakitan dan mungkin juga menanggung risiko hilang upaya.

Tidak dapat dinafikan Sedikit sebanyak gangguan emosi pasti berlaku kepada setiap mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri. bila mana gangguan emosi terjadi, ia memakan masa untuk dipulihkan dan pemulihan emosi akan bergantung kepada kekuatan minda seseorang.

Dalam soal ini, siapa yang harus dipersalahkan. Rasanya sudah menjadi tradisi kita masyarakat Malysia, jika berlaku satu-satu peristiwa tragis, maka, kita saling menuding jari dan kemudian, pelbagai rumusan dibuat. Dan akhirnya timbullah beberapa cadangan yang tercatat di atas kertas. Tetapi akhirnya, cadangan hanyalah tinggal cadangan sehingga berulang kembali peristiwa yang sama. Setiap kali sesuatu peristiwa tragis berlaku, kedengaranlah kokokan ayam di sana sini.

Bagi pendapat saya yang jahil ini, jika semua langkah keselamatan telah diambil, baik dari sudut cara pemanduan, kenderaan mahu pun diri pemandu itu sendiri, barulah takdir boleh diletakkan di atas. Jika ada di antara langkah-langkah di atas masih samar-samar, salahkanlah diri kita sendiri kerana cuai.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.