assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, October 5, 2010

KASIH IBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Di sini saya ingin berkongsi betapa seorang ibu kreatif dalam memenuhi keinginan anak-anaknya.

Ani mempunyai 5 anak yang kesemuanya masih bersekolah. Usia anak-anaknya antara 8 ke 15 tahun. Seperti mana yang kita sedia maklum, dalam usia sebegini, pelbagai kehendak yang di idamkan. Almaklumlah, dengan gaya hidup masa kini, mahu tidak mahu, ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak.

Ani adalah suri rumah sepenuh masa. Sedang suaminya hanya teknisyen kilang. Dengan kos sara hidup yang meningkat dari masa ke semasa dan anak-anak mereka semakin membesar, di samping hidup di lembah Kelang, maka, pendapatan suaminya hanya cukup-cukup untuk menyediakan keperluan. Itu pun nasib mereka agakbaik, kerana di belakang rumah mereka masih punya sekangkang kera tanah untuk bertanam sayur-sayuran ala kadar. Sedikit sebanyak, ianya dapat meringankan kos sara hidup.

Ani selalu tersentuh hati bila mendengar anak-anaknya kerap meminta untuk makan Mac D/KFC. Kata mereka, kawan-kawan sering bercerita tentang kesedapan makanan segera tersebut dan ditambah lagi dengan melihat iklan di TV. Sesekali,ingin juga Ani memenuhi permintaan anak-anaknya. Puas dia membuat congak perbelanjan bulanan, namun memang tiada ringgit yang berlebihan.

Dalam pada dia memerah otak, teserlah satu idea dimindanya. Setiap hari Ani akan meminta 20 sen dari setiap anaknya. Ini bermakna, setiap hari Ani dapat mengumpulkan rm 1. dan bila dikumpulkan sselama sebulan, duit yang terkumpul adalah rm 30. dari wang inilah, ani akan memenuhi permintaan anak-anaknya untuk makan makanan segera sesekali. Dan dari wang itu juga Ani membeli hadiah, jika ada antara anak-anaknya mendapat tempat pertama dalam darjah atau sekiranya ada di antara anak-anaknya yang nak mengikut rombongan sekolah.

Setakat ini Alhamdulillah, apa yang telah dilakukan oleh Ani sejak setahun lalu mendapat sokongan dari kesemua anak-anaknya. Menurut Ani, anak-anaknya gembira kerana tidak lagi ketinggalan bila kawan-kawan bercerita tentang Mac D/KFC atau hadiah hari lahir atau hadiah bila mendapat cemerlang dalam pelajaran.

Bagi anak-anak, bukanlah nilai harganya dipentingkan, tapi keseronokan menjadi keutamaan.

begitulah tingginya kasih sayang dan luhurnya hati seorang ibu yang sentiasa ingin melihat kegembiraan dan kebahgian menjadi milik anak-anak..

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.