Terbaca saja tentang kemalangan ngeri 10 Oktober lalu, mindaku menerawang masuk ke kamar memori, tercari-cari pengalaman sendiri. Ya, masih ku ingat lagi 12 tahun lalu, ketika aku hendak pulang beraya di kampong halamanku di Terengganu. Waktu itu aku menaiki bas syarika Naila. Pada zaman itu, bas Syarikat ini top terlibat dengan kemalangan. Aku maklum itu, tapi kerana tidak punya pilihan, aku terpaksa tawakkal saja.
Oleh kerana tiket bas dari KL ke Kuala Terengganu telah kehabisan, maka keluarga suamiku telah membelikan tiket untuk aku dan suami dari Seremban. Saat itu, syarikat yang beroperasi dari Seremban ke Terengganu tidaklah banyak. Kebetulan tiket bas yang masih bersisa hanya bas syarikat Naila. Mahu tidak mahu terpaksalah aku menerima tiket yang telah dibeli oleh iparku.
Mengikut jadual, bas akan bertolak dari Seremban jam 9.00 malam, Dan dijangka tiba di Terengganu jam 4.00 pagi. Alhamdulillah, malam itu, tepat jam 9.00, bas sudah terpacak di teminal Seremban. setelah selesai penumpang memenuhi tempat duduk masing-masing, pemandu mula menggerakkan bas meninggalkan Bandar Seremban. Di awal-awal perjalanan lagi pemandu sudah menunjukkan belang. Bas dipandu agak laju. Ramai juga penumpang yang bersungut-sungut. Dalam ramai-ramai tu, adalah sorang lelaki memberanikan diri menegur pemandu tersebut. Tapi dibuat tak dengar saja oleh pemandu itu.
Lebih kurang setengah jam perjalanan, sewaktu melalui Bukit Putus, pemandu seolah-olah seronok menelusuri jalan yang berbengkang bengkok. Pada terkaanku, pemandu itu bukanlah seorang yang professional dan berkemungkinan baru saja mendapat lessen E.
Tiba-tiba “beng” kedengaran satu detuman yang sederhana kuatnya,dan sertamerta bas terhenti. Semua penumpang menjadi panic. Masing-masing bercakap sesama sendiri. Terbuka saja pintu bas, ramai penumpang yang turun untuk melihat kejadian sebenar. Dari perbualan mereka, tahulah aku bahawa satu tayer belakang telah tergantung pada bibir gaum. Masing-masing memanjat kesyukuran kerana tiada kecederaan berlaku kepada semua penumpang.
Dalam hatiku tak putus-putus mengucap Alhamdulillah bas tidak gelungsur ke dalam gaum.
Biar pun ianya bukan satu kemalangan serius namun aku dan penumpang lain terpaksa bersantai tepi gaum tu lebih kurang 3 jam untuk menanti lori kren sampai dan menarik bas ke atas.
Lebih kurang 1.00 malam, baru bas boleh bergerak semula. Tiba-tiba, sedang semua penumpang hayal dengan melayan fikiran masing-masing, sekali lagi aku dan mereka dikejutkan dengan letupan. Sekali lagi basterhenti. “kalau macam ni, lambatlah sampai kat rumah” ngomilku dalam hati. “tentu risau keluargaku.” Fikirku lagi. Untuk menghubungi keluarga, saat itu HP pula tak ada coverage. Mahu tak mahu tawakkal ajalah.
Semua penumpang dah mula marah-marah. Pemandu bas tu buat tak faham aja. Tiada langsung ungkapan maaf dari mulutnya.
Akibat dari tayar belakang bas tergantung dibir gaum tadi, kononnya tayar itu bocor. Maka terpaksalah aku dan penumpang lain bersantai sekali lagi di tepi jalan. Kali ini tempat perkelahan kami di Keratung. Bagi yang tak membawa anak kecil, taklah menjadi problem sangat. Tapi, bagi mereka yang membawa anak kecil, sungguh kasihan. Merengek-rengek anak-anak, mungkin kerana keletihan dan mengantuk. Nasib kami agakbaik, kerana tayar bas tu meletup berdekatan dengan sebuah kedai kopi. Jadi, dapatlah kami memanaskan badan dengan secawan kopi dan sebungkus nasi lemak.
Sekali lagi masa terbuang dan badan keletihan kerana terpaksa menunggu berjam-jam.
Setelah beberapa jam bersantai, lebih kurang jam 11.00 pagi, barulah bas ganti sampai.
Alhamdulillah, pemandu kali ini lebih berhemah dan bas yang diganti juga agak baru berbanding dengan bas yang pertama tadi. setelah perjalanan memakan masa sehari semalam, lebih kurang jam 5.00 petang, kami selamat sampai di stesen bas Kuala Terengganu.
Melangkah saja kakiku turun dari bas, ayah dan abang datang menyambut aku dan suami. Pelbagai soalan yang mereka lontarkan. Menurut ayah, selepas Zuhur, ibu telah memanggil perkumpulannya untuk membaca yasin untuk keselamatan aku dan suami. Sementara ayah pula berkali-kali pergi sendiri ke pejabat syarikat Naila untuk mendapat pengesahan perjalanan bas. Ayah dan ibu mula tenang, tika mendapat panggilan dariku jam 3.30 petang. Menitis air mataku mendengar cerita ayah. Betapa, mereka mengasihi diriku. Bukan aku sengaja tidak mahu menghubungi mereka, tapi coverage HP pada masa itu tidak menyuluruh.
Apa-apa pun, aku benar-benar bersyukur kehadrat ilahi kerana masih melindungi dan menaungi diriku dan suami. Atas keizinan Nya juga, aku masih dapat bersama keluarga tercinta.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.