assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, October 24, 2010

HARUSKAH SI KECIL MENJADI MANGSA?

Setelah beberapa hari berlalu, masih ghalad terasa di hati. Segalanya bermula dengan kelemahanku sendiri mungkin.

Ya,tahun depan si kecilku akan melangkah ke tahun satu. Aku dan suami bercita-cita untuk memasukkan putra kami ke sekolah Dar Alhikmah. Bagi pandangan aku, sekolah ini begitu sesuai, kerana ia menyediakan pembelajaran agama (dinia) berserta hafazan dan juga akademik. Mentelah lagi, lokasinya amat hampir dengan rumah kami.

Bersandarkan cita-cita itu, aku masukkan putraku ke tadika yang pada pendapatku akan memudahkan dia diterima tanpa melalui saringan yang rumit. Mengikut perkiraanku tadika yang putraku ikuti saat ini adalah subsidary sekolah Dar Alhikmah. Perkiraanku itu bersandarkan model pembelajaran yang sama antara kedua-dua sekolah dan tradisi yang berlaku di dalam tadika itu. Tradisinya, setiap pelajar yang keluar dari tadika ini akan diserap terus ke sekolah Dar Alhikmah, kecuali anak-anak yang memang tidak mahir membaca dan menulis bahasa arab. Itu pun, anak-anak ini akan diminta stay back di tadika ini jika mendapat persetujuan dari ibu bapa.

Tapi anakku, kenapa dengan anakku? “maafkan mama dan papa, kerana kekurangan yang ada pada kami, sayang menjadi mangsa.”

Ya, isnin bersamaan 18th Oktober lalu, aku dan suami begitu bersemangat membawa si kecil pergi ke Dar Alhikmah untuk interview. Interview adalah proses yang mesti dilalui oleh setiap pelajar untuk menentukan tahap kemahiran mereka. Tarikh dan waktu interview tersebut telah ditentukan sendiri oleh pihaksekolah agar dapat bertemu dengan pengetua.

Setibanya kami di sana, duduk dalam beberapa minit, anakku telah dipanggil untuk menjalani ujian tahap kemahiran. Sementara aku dan suami masih di luar. Pun begitu, aku masih dapat mendengar patah bicara guru yang meng interview anakku dan suara comel si kecilku membaca dan menjawab segala persoalan yang dikemukakan. Dalam hatiku mengucap Alhamdulillah kerana si kecilku begitu petah menjawab dan tidak gementar. Kerana melihat kebolehan dan prestasi yang membanggakan di tadikanya, aku dan suami bulat confident untuk memasukkan anakku ke Dar Alhikmah.

Setelah selesai si kecilku interview, kami didatangi oleh seorang guru mungkin,beliau memberi tahu yang pengetua masih melayani tamu dan tak perlulah kami menunggu pengetua. Saat itu,hatiku mula ragu akan ketulusan dan pandangan peribadi pengetua terhadap aku dan suami. Yalah, mana tidaknya, appoinmen telah dibuat dan ditentukan sendiri oleh pihak sekolah, tapi tiba-tiba pengetua seolah-olah cuba mengelak dari bertemu kami bila melihat ampunya diri rupanya OKU pengelihatan.

Aku dan suami akur, lantas mengajak anakku pulang. Di dalam hati masing-masing penuh rasa ragu pastinya. Kasihan anakku, dia begitu mengharap dan gembira untuk berada di sekolah itu. Almaklumlah, di situ telah ramai kawan-kawanyang dikenalinya.

Selang sehari kemudian, lebih kurang jam 3.30 petang,aku menerima panggilan dari Dar Alhikmah. Jawaban yang ku terima telah dijangka.
Pemanggil: “assalamualaikum puan, anak puan gagal.”
Aku: waalaikum mussalam. Atas alasan apa anak saya gagal?”
Pemanggil: “anak puan sama sekali tak boleh membaca dan menulis. Even, English langsung dia tak membaca.”
Aku: “what? Setahu saya, anak saya boleh menulis dan membaca. Dan hari tu saya dengar dia lancer membaca.”
Pemanggil: “itu saya tak tahulah puan. Tapi itulah keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah.”
Aku: “assalamualaikum.”
Aku terus meletakkan telefon. Dalam hatiku penuh rasa kesal dan sedih dengan keputusan itu. Aku merasakan alas an yang diberi adalah tidak jujur. ianya amat tidak adil untuk si kecilku. “Kenapa masih ada orang yang memandang rendah pada kami OKU pengelihatan? Kenapa harus anakku menjadi mangsa di atas kekurangan kami?” kesalku dalam hati.

Malam itu, aku memberi tahu putraku yang dia tak dapat bersekolah di Dar Alhikmah. Reaksi spontan si kecilku: “saya rasa, teacher tu silap orang. Atau mama tipu.” “tak, mama tak tipu sayang. Tak apalah, kita cuba cari sekolah lain ya.” Aku cuba memujuk si kecilku. “tak ma, kita kena paksa sekolah tu terima. Saya nak sekolah kat situ juga.” Si kecilku mula merengek. “sayang, sekolah mana pun sama aje. Janji kita mesti rajin berusaha.” Pujukku sambil memeluk si kecilku. Terasa hiba melihat anakku mula menangis.

Sehari kemudian, setelah jiwaku kembali tenang, aku menalifon pengetua tadika anakku. Tujuan aku call beliau adalah untuk mengetahui prestasi anakku.

Setelah aku berbahasa bahsi dengan pengetua itu, aku terus bertanyakan perihal si kecilku di sekolah. Jawaban yang diberi pengetua amat membanggakan aku. Anakku telah dapat menguasai ketiga-tiga bahasa dengan baik dari sudut bacaan. Hanya dari sudut tulisan, anakku agak lemah. Itu, aku sendiri maklum. Taapi bukan anakku tidak boleh menulis langsung. Hanya tulisannya agak comot.

Setelah bercerita tentang prestasi anakku di tadika, aku langsung memberi tahu pengetua yang anakku gagal memasuki Dar Alhikmah. Ya, sungguh terperanjat pengetua dengan alas an yang diberi pihak Dar Alhikmah. Tambahan lagi beliau langsung tidak dihubungi Dar Alhikmah atas pkegagalan anakku.

Beliau langsung meminta aku bertenang,dan akan berbincang dengan pihak Dar Alhikmah. Dan jika perlu,beliau akan meminta pengetua Dar Alhikmah menjalankan sekali lagi interview untuk anakku dengan kehadiran beliau sendiri. Tetapi aku menolak. Aku tidak mahu, penrimaan Dar Alhikmah keatas anakku berdasarkan keterpaksaan. Bilamana keterpaksaan, pasti tiada lagi keikhlasan.

Mungkin ini telah ditentukan oleh Dia Yang Maha Besar. Aku percaya, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku akan berusaha untuk mencari sekolah lain yang sealiran dengan Dar Alhikmah. Mungkin selama ini, aku telah melakukan satu kesilapan besar dengan menaroh sepenuh harapan dan terlalu mengharap pada sebuah sekolah sahaja.

Menjadi ibu bapa OKU pengelihatan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak cabaran dugaan yang perlu kami “ibu bapa OKU pengelihatan” terpaksa hadapi. Mentelah lagi jika mahu menempatkan diri dalam gulungan elit kononnya. Pastinya pandangan negative akan terus aku dan suami lalui disepanjang membesarkan putra kami. Mudah-mudahan Allah terus memberi kekuatan semangat mahu pun emosi buat insan kerdil ini. Dan mudah-mudahan DIA akan mempermudahkan setiap apa yang bakal aku lakukan, Inshaallah.

2 comments:

  1. slogan mesra OKU hanya tinggal slogan. tak sangka begitu dasyat ujian untuk golongan OKU seperti kita.

    cuba ketengahkan perkara ini kepada PERTIS.

    wasalam

    ReplyDelete
  2. salam kak
    "Kenapa harus anakku menjadi mangsa di atas kekurangan kami?” kesalku dalam hati."
    semoga nak2 kita kuat hdapai dugaan ini kan,kan.saya walaupun bukan dari OKU penglihatan tapi saya mengerti apa yang akak lalui ini..anak2 ini tiada salah apa2 kan kak.

    ReplyDelete

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.