assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, September 30, 2010

TELATAH SI MANJAKU

Esok sekolah Haikal akan mengadakan majlis sambutan Aidil Fitri. Haikal begitu teruja sekali untuk menghadirinya. Seteiap hari, dia akan bertanya “ma, hari ini hari apa? Berapa hari lagi nak hari Jumaat?” setiap kali Haikal lontarkan persoalan pada mama, soalan yang sama mama akan ajukan kepada Haikal. Jadi, secara tak langsung dengan sendirinya Haikal akan mengingati nama-nama hari dengan lancer. Dan seminggu yang lalu, Haikal telah menyuruh kami menempah kek dan kuih kegemarannya untuk dibawa ke sekolah. Setiap hari juga Haikal akan mengingatkan kami agar jangan lupa turut hadir dalam majlis tersebut. “ma, mama dan papa mesti pergi masa sekolah Haikal adakan jamuan nanti ya. Jangan susah, Haikal akan ambilkan makanan untuk mama dan papa. Kalau Haikal tak boleh ambil sendiri, Haikal minta tolong cikgu ambilkan.” Mama percaya sayang, setiap apa yang Haikal katakan, pasti Haikal lakukan. Telatahmu amat mencuit hati mama. Terkadang ianya mengundang rasa sebak dalam hati, kerana dalam usiamu yang masih mentah, Haikal telah memahami situasi mama dan papa.

Saat mama menulis kesahmu, kau telah pun lena diulit mimpi indah Inshaallah. Sebut tentang mimpi, teringat mama, yang Haikal sering terjaga malam dan mengatakan Haikal mimpi itu dan ini. Selalunya apa yang Haikal mimpi, semuanya berkisar apa yang Haikal lakukan disiang hari. Dalam mengantuk, terpaksa juga mama melayan kerenahmu sayang.

Sebelum tidur tadi, Haikal telah pun memasukkan baju rayanya ke dalam beg sekolah. Kalau hari-hari biasa, baju persalinannya adalah t-shirt dan seluar track, tapi esok, dia disuruh oleh gurunya membawa baju raya. Sebelum tidur, sempat Haikal mengingatkan mama agar jangan lupa call auntie yang buat kek dan kuih untuk dibawa ke sekolah esok.

Jangan bimbang sayang, segalanya akan berjalan lancer. Inshaallah, bila Haikal bangun esok, semuanya akan tersedia seperti keinginanmu. Mudah-mudahan esok akan memberi keceriaan buatmu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.