assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT JALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman.

Rasanya dah terlalu lama aku tak menjenguk laman mayaku. entahlah aku sendiri tak mengerti dan tak tahu kenapa begitu lama aku menyepikan diri. Nak kata aku tak punya masa, pembohonglah aku, kerana yang pasti semua orang mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari semalam. Jadi, sudah tentu aku tak begitu arif dalam menguruskan masa.

Di pagi yang hening ini, aku memaksakan diri ini untuk menggerakkan jejari runcingku membuka laman mayaku. Wah, kelihatan sawang melekat di sana sini. Memandangkan Ramadhan pun tak lama lagi akan melangkah pergi, dan syawal kan mengambil alih, jadi, eloklah rasanya aku mengambil kesempatan untuk menyapu sawang-sawang di lelamanku, agar tampak berseri dan bersih umpama bersih sucinya syawal.

Ya, Ramadhan hanya tinggal dua hari saja lagi untuk menemani kita umat muslimin. Rasanya aku belum bersedia untuk melepaskan kau pergi Ramadhan. Terlalu banyak yang perlu aku pelajari darimu, dan rahsiamu belum sempat aku bongkar satu persatu. Pun begitu, aku teramat bqahagia dengan kehadiranmu. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak ada buah tanganmu yang dapat ku munafaatkan untuk ku jadikan amalan secara istiqamah disepanjang hidupku. Inshaallah. Dan terima kasih Ramadhan, kerana masih sudi menemaniku untuk kesekian kalinya.

Maafkan aku Ramadhan, kerana kehadiranmu tidak ku raikan semulia Rasululllah dan para sahabat. Aku tahu, tarafku terlalu jauh untuk dibandingkan dengan mereka. Maafkan aku sekali lagi Ramadhan, kerana malammu, tidak ku hiaskan dengan hiasan seindah namamu dan secantik hatimu.

Ya Allah, andai nafas masih kau ppinjamkan ke atas jasadku, dan bulan sucimu masih mampu aku sambut kehadirannya, Inshaallah aku akan sedaya upaya memperbaiki kesedian diri ini melayaninya dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan Kau tetapkan hatiku Ya Allah untuk terus berada di dalam agamamu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.