assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, September 21, 2010

PERJALANANKU

Khamis 9th Sept. 2010

Hari ini, disebbelah petang nanti, aku, suami dan Haikal akan bertolak balik kampong. Seperti tahun-tahun lalu, kami akan beraya di rmah orang tua suamiku di negori Sembilan. Alhamdulillah, pada tahun ni, raya kedua nanti, kami akan pulang ke Terengganu pula. Jadi, disebelah pagi ni, aku agak sibuk mengemas pakaian yang akan dibawa pulang. Sudah menjadi kebiasaanku, setiap kali pulang beraya, aku akan menggosok semua pakaian yang akan dipakai dipagi raya sebelum pulang. Aku berbuat begitu, kerana aku tidak mahu berebut-rebut dengan ipar duai. Maklumlah, di rumah orang tua suamiku, strika hanya sebuah sahaja. Sedang suamiku mempunyai 8 adik beradik kesemuanya. Kalau sebuah keluarga mempunyai 3 ke 6 anak, jadi, sudah pasti sesebuah keluarga mengambil masa yang lama untuk memegang strika.

Dalam pada aku sibuk kemas mengemas, telatah Haikal tetap menjadi perhatianku. Dia juga sibuk memilih baju untuk dibawa pulang. Waktu aku nak menggosok Furtahnya, dia sibuk bertanya itu dan ini. Tahun ini adalah tahun pertama kami buatkan Haikal furtah. Antara persoalan yang dilemparkan padaku, “mama, baju ni, orang Arab suka pakai kan ma? Tapi kenapa mama papa buat untuk Haikal pula. Haikal dan papa bukan orang Arab pun.” Terkial-kial aku nak cari jawaban. “walau pun baju ni, orang Arab yang suka pakai, tapi ianya universal. Sesiapa pun boleh pakai. Hanya nak tak nak saja. Kan Haikal pakai nampak cantik. Haikal nampak cantik tak kat badan Haikal?” “cantik juga.” Jawab si kecilku selamba. Masa aku tengah sibuk inilah, dia nak mencubanya berkali-kali. Haikal, tahun ini lebih serius nak menyambut raya berbanding tahun-tahun lalu. Tahun ini juga, seratus peratus pakaian dan kasut raya, Haikal pilih sendiri.

Jam 5.30 petang, kami mula bertolak dengan menumpang kereta kawan suamiku. Kalau tahun-tahun lalu, kami balik dengan menumpang kereta adik iparku, tapi tahun ini dia beraya di Kelantan. Kami selamat sampai di kampong, dekat pukul 9.00 malam.

Di halaman rumah, anak-anak buahku sibuk bermain bunga api. Turun saja kami dari kereta, kami diserbu. Masing-masing berebut-rebut nak mengangkat beg pakaian dan barangan yang kami bawa. Dengan sekelip mata saja, semuanya selesai. Setelah mengucapkan terima kasih kepada kawan suamiku, dia pun berlalu. Diajak singgah ke rumah, dia enggan, katanya, ingin segera jumpa orang tuanya.

Sabtu, 11th Sept.

Sabtu, raya kedua kami dah bertolak pulang semula ke KL. Nasib kami agak kurang baik pada hari itu. Perancangan untuk dapatkan tiket bas jam 12.00 tengah hari tak kesampaian kerana telah habis dijual. Jadi, mahu tak mahu, terpaksalah kami beli tiket bas jam 1.30. nampaknya terpaksalah kami bersampao/bersantai kat stasyen bas tu dua jam setengah. Untuk megelakkan si kecil kami dari meragam, terpaksalah diikutkan saja kehendaknya. Hamper rm 50, Haikal pao papa dia untuk belikan buku-buku komik.

Alhamdulillah, tepat jam 1.30, seperti yang dijanjikan, kami pun meniki bas, dan kami tiba kat KL pukul 4.00 petang. Kami tak punya banyak masa untuk berehat-rehat kat rumah. Sampai kat rumah, kami hanya sempat solat, tukar pakaian dan tukar beg pakaian. Beg yang penuh bearisi baju kotor aku tinggalkan begitu saja. Jam 6.00, kami bertolak ke Subang airport pula untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu di mana terletak kampong halamanku.

Alhamdulillah, dengan izin Allah penguasa seluruh alam, segalanya berjalan lancer. Kami tiba di rumah orang tuaku pukul 9.00 malam.

Selasa, 14th Sept.

Setelah tiga malam, kami di Terengganu, hari ini, tibalah masa untuk aku berpisah kembali dengan orang tuaku. Seperti dulu-dulu, saat salam bersalaman, peluk memeluk, aku dan ibu bercucuranlah airmata. Memandangkan flight kami jam 4.30 petang, jadi, pukul 3.15 aku terpaksa meninggalkan rumah orang tuaku. Abang dan keluarganya dengan suka rela menghantar kami ke airport Sultan Mahmud.

Waktu di dalam kereta, Haikal sibuk baertanya, “mama, kenapa mama dan Uwan menangis masa peluk-peluk tu?” “yalah, Uwan tu kan ibu mama. Kalau Haikal nak pisah dengan mama, Haikal sedih tak?” “mestilah sedih. Tapi Haikal tak nak pergi jauh dari mama. Haikal nak mama, papa.” “tahu pun. Macam tulah dengan mama.” Yang lain hanya gelak dengan pertanyaan Haikal.

Tepat jam 4.30, kapal mula mengembangkan sayapnya untuk meninggalkan landasan. Ini juga bererti aku kembali meninggalkan tanah kelahiranku. Selamat tinggal halamanku, selamat tinggal ayah dan ibu tercinta. Tepat pukul 6.00 kami selamt tiba di rumah (sweet home).

Alhamdulillah, aku bersyukur, percutian raya kali ini amat memuaskan. Aku dapat bertemu kesemua adik beradikku dan kedua insan tersayang. Dan Alhamdulillah, sepanjang cuti raya, Haikal diberi kesihatan yang memuaskan walau pun dalam perjalanan yang panjang dan jauh. Dia juga tidak seperti sepupu-sepupunya, yang merengek-rengek mninta belikan bunga api. Haikal ku lihat tak kesah. Dia seolah-olah tak berminat. Entahlah, samada dia belum tahu bermain atau memang tak berminat. Dia sekadar memandang gelagat sepupu-sepupu yang sebaya. Mudah-mudahan biarlah dia berterusan begitu, taklah membazir duit mama papanya kelak. Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.