Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Di sini saya sekadar ingin berkongsi cerita dan mudah-mudahan kita dapat menjadikan panduan dalam mengharungi hidup yang kian mencabar keimanan. Sezarah pun tiada niat untuk mengaibkan individu lain.
***A mempunyai 8 adik beradik kesemuanya. 4 lelaki dan 4 perempuan. Kehidupan mereka adik beradik boleh dikatakan sederhana. Kesemua mereka telah mempunyai keluarga sendiri. Ibu dan ayah A adalah peneroka felda. Wwalau tidak mewah, kedua orang tua A berjaya membesarkan mereka berlapan sehingga menjadi manusia dan bukan sampah masyarakat.
Kini, dengan kehendak Allah, ayah A mengalami masalah kesihatan jantung. So, untuk menstabilkan kesihatan jantung si ayah, ayah tua perlu menjalani satu pembedahan kecil untuk memasang satu alat yang dipanggil (stand) demi mengembangkan salur darah yang kian menyempit akibat kolestrol. Proses ini mahu tidak mahu harus dilakukan agar si ayah dapat bernafas tanpa masalah.
Malang si ayah kerana perbelanjaan untuk menjalani proses itu menelan belanja rm sebelas ribu. apa boleh buat, duit si ayah telah habis dan tak sempat nak disimpan kerana membesarkan 8 anaknya. Maka, dengan rasa rendah diri mengadulah si ibu kepada anak-anaknya agar mendapat simpati dari mereka.
Alhamdulillah kesemua adik beradik A bersetuju mengeluar seorang sedikit tanpa banyak bicara, kecuali A. Amemang terkenal dengan mulut pedasnya. Dengan rasa bangga dan lantang A bersuara: “ayah, tulah dulu tak nak simpan duit. Kan sekarang ni dah susahkan anak-anak. Apa yang ayah tahu, rokok aje. Lain kali simpan harta. Kat rumah ni pun tak ada langsung harta hasil dari titik peluh ayah. Yang ada ni, semua A yang belikan.”
rumah menjadi senyap sunyi seketika. bagai tiada berpenghuni lagaknya. Semua adik beradik A memandang ke arahnya tanpa kata. Mereka terkejut dengan kata-kata yang terhambur dari mulut A. masing-masing hanya tunduk. mungkin kerana malu, atau geram dengan keceluparan mulut si adik. si ayah hamya mampu memandang A dengan wajah yang sayu, sedangsi ibu hanya mampu menitiskan airmata sedih kerana mendapat penghinaan dari anak perempuannya sendiri.
Kalau ianya berlaku dalam keluarga anda, apakah yang anda lakukan?
Harapan saya bersamalah kita berdoa kepada Allah agar ditabahkan hati kita dan dikuatkan semangat untuk terus menjaga ibu ayah. Inshaallah.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.