assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, June 24, 2010

PERKARA YANG SERONOK KITA LAKUKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Seperti biasa maaf saya hulurkan andainya tulisan ini kurang disenangi. Percayalah ianya tidak terarah kepada mana-mana individu. Sesungguhnya tulisan sekadar mengingatkan diri saya agar terus berhati-hati dalam menjalani hidup yang kian mencabar.

Saya menulis berdasarkan apa yang saya lalui selama ini. Mengumpat adalah satu perkkara yang sangat menyeronokkan. Walau pun pada hakikatnya perbuatan ini salah disisi agama kerana ianya memberi impak buruk kepada masyarakat sekeliling.

Ya, kita merasa bangga dan bertanggungjawab kerana telah mencerita perihal orang lain kepada orang lain. Kita merasakan apa yang sedang kita lakukan adalah benar kerana kita telah menyampaikan perkara benar perihal seseorang. Tapi sedarkah kita, sebenarnya kita sedang mengumpat? Kerana istilah mengumpat dalam islam adalah: (menceritakan kesah beanar seseorang, dan jika didengarinya, dia akan marah(.

Sementara menceritakan suatu kesah yang tidak benar atau tidak sahih tentang seseorang, ianya dianggap fitnah. Perbuatan ini juga dilarang sama sekali dalam agama. Kerana ia boleh memporak perandakan sesebuah masyarakat.

Selalunya kita akan lebih berhati-hati agar tidak terjurumus kekancah fitnah. Tetapi bab mengumpat ini, kita terkadang terlupa kerana terlalu seronok dengan kesah benar yang sedang kita dengar.

Maka, apa kata mulai saat ini, kita sama-sama hindarkan diri dari terlibat dengan aktiviti mengumpat seperti mana kita mengelak dari terlibat dalam permainan fitnah menfitnah. Di sini saya tidaklah bermaksud nak menjadikan diri kita nafsih nafsih, tapi jika kita dapati seseorang itu mempunyai sifat yang kurang baik, cubalah tegur dengan berhemah. Jika kita tidak mampu, hindarkan diri kita dari beliau, dan tak perlu menyampaikan keburukan itu kepada orang lain.

Mudah-mudahan kita mampu melangkah selangkah lagi kearah yang lebih positif. Tangani keburukan dengan kebaikan. Inshaallah kita boleh melakukan sedikit demi sedikit.

Sekali lagi maaf saya pohon andainya tulisan saya tidak sealiran dengan kebijaksanaan kalian. Kerana saya menulis berdasarkan ketajaman minda saya yang tidak tajam dan kurang arif.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.