Salam persahabatan buat sahabatku kancil. Dari jauh aku sentiasa mendoakan agar dirimu tetap mendapat sinar kebahagian dari Dia Yang Maha Pencipta.
Surat ini sengaja ku tulis buatmu sahabatku, kerana aku mahu kau tahu isi hatiku yang kau tak pernah luput dari ingatanku miski kita telah lama tak lagi bermain dan bercerita seperti dua sahabat akrab. Apa pun yang tersirat dalam hatimu,aku takperlu tahu. Kerana setiap makhluk punya hak yang tersendiri.
Kancil sahabatku, setelah kian lama kita tak bertemu, tiba-tiba sebulan yang lalu kau datang menyapa diriku. Kau tahu kancil, betapa gembira aku tika itu kerana kau ku lihat tetap mesra dan ramah seperti dulu. dan hari ini kau menyapa diriku lagi. Tapi kali ini suaramu begitu asing ku rasakan. Biar apa pun, miski hadirmu untuk seketika namun aku amat menghargainya. Terima kasih sahabatku, kerana kau masih terus sudi menghulur tanganmu untuk sahabatmu yang lemah ini.
Sahabatku, ku harap kau selalu-selalulah menjenguk lakaranku di laman ini. Dan harapanku kau juga akan sering menghias laman kediamanmu agar ku tahu situasi dirimu Walau pun kita tak bersua muka.
Sekian salam persahabatan yang penuh tulus dari sahabatmu
Penyu.
Mudah-mudahan keamanan dan kebahgian kan menjadi milik setiap makhluk di muka bumi ini. Bersamalah berdoa kepada Yang Maha Pencipta. Dan bersamalah menunaikan hak Yang Maha Pencipta keatas diri kita sebagai hambanya.
membaca cerita ini, teringat saya pada satu puisi ada tajuk "penyu menanggis. surat penyu kepada kancil ini seperti ada nada sedemikian, walaupun tidak digambarkan secara nyata. teruskan karya anda. tahniah!
ReplyDelete