Tika malam terus beranjak dewasa, saat sunyi kian bermaharajalela, mata dan mindaku tetap tak mahu beralah. Masing-masing beradu tenaga memujuk tuannya untuk terus menhayati dan menginsafi malam yang cukup mendamaikan dengan penuh ketenangan. Demi menerima ajakan minda dan mataku, aku lantas tarikan jejariku di atas keyboard dengan harapan akan terhasil sesuatu buat hiasan laman mayaku.
Ya, di sini, di daerah ini, daerah yang cukup mendamaikan, aku dan penghuninya tenang menikmati malam tanpa ragu, gusar atau cemas yang keterlalluan. Sehingga terkadang ada diantara kami enggan melepaskan malam biar pun kalimat agung berkumandang di rumah-rumah Allah , menandakan ada tugas yang wajib ditunaikan dan siang
Dek kerana terlalu rakus mengejar kebahagian, tanpa ku sedar, kepentingan diri menjadi keutamaan. Lantas terbentuk kelompok berlawanan idealogi miski pada dasarnya satu kepercayaan. Oh penaungku Yang Agung, layakkah aku mendapat keampunanmu? Atau berhakkah aku menikmati segala keindahan dan kemanisan di sisimu kelak?
Tolonglah aku Ya Rabul Alamin, aku amat takut akan kebencianmu. Aku tak mahu kehilanganmu, kerna ku tahu,hanya Kau yang mampu membawaku ke gerbang Syurga. Aku benar-benar bermohon padamu, moga kau terus pimpin tanganku untuk aku tak beralih arah. Di malam yang kudus, aku merayu padamu,usah Kau rampas cahaya kudus dan tulus kasihmu dari hatiku.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.