assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, March 24, 2010

KHAS BUAT TEMAN

Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan buatmu temanku. Di celah-celah kesibukan masa yang pantas meninggalkan kita, aku sentiasa mendoakan kebahgian dirimu seisi keluarga. Mudah-mudahan kau terus dalam dakapan kejayaan. Inshaallah.

Terima kasih teman kerana memberiku kecerian. Gelak tawa dan kemesraanmu membuatkan aku lupa akan kedukaan semalam. Jua terima kasih kerana kau rela menghulur tanganmu saat aku lemas dalam ilusi sendiri. Benar katamu ; setiap dari kita takkan hidup lama. Maka apa yang terjadi terimalah dengan redha kerana itu adalah pilihan kita sendiri. Setiap apa yang terhidang di depanku, akan aku sambut dengan penuh rela dan akan aku cuba lakukan yang terbaik.

Teman, aku amat menghargai ungkapanmu ; saya akan sentiasa di sisi awak jika diperlukan. Terima kasih, hanya itu yang mampu aku ucapkan padamu. Mudah-mudahan persahabatan kita kan terus suci demi kebahgian kita bersama.

Akhirkata dariku, sambutlah salam penuh doa buatmu. Inshaallah kita kan terus dalam rahmat dia yang maha esa.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.