assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, March 8, 2010

KERESAHAN

Persekolahan 2009 sudah hamper 3 bulan berlangsung. Namun kau masih berat dan terkadang menangis untuk ke sekolah. Tidak seperti waktu kau berusia 4 dan 5 tahun. Saat itu kau terlalu teruja dan gembira sekali setiap hari. Tak pernah sekali keluar dari mulutmu yang kau jemu dan takut nak ke sekolah.

Tapi tahun ini kau berubah watak. Katamu, waktu belajar, kau tak lagi dibenarkan bermain dan guru-guru yang mengajar juga agak serius. Mengertilah sayang, kau kini sudah 6 tahun. Pelajaranmu juga kian memberat. Jadi kau kini sudah patut menumpu sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh gurumu. Kerana tak sampai hati melihat kesedihanmu setiap pagi, mama telah bertanyakan pada kesemua gurumu apa yang sebenarnya berlaku, yang menyebabkan kau hilang minat ke sekolah. Kini mengertilah mama, yang kau terlalu takut akan guru Tajwid. Menurut kata guru itu, dia terpaksa bertegas, jika tidak kau dan anak-anak yang lain tak ambil serius. Fahamilah sayang, gurumu terpaksa berbuat demikian keranaTajwid itu wajikb dipelajari oleh semua orang islam.

Setiap kali kau menangis untuk ke sekolah, tiap kali juga hati mama menjadi sayu. Terasa amat berat untuk melepaskan kau. Namun demi masa depan, kau ku pujuk dan sedaya upaya mama cuba mententeramkan perasaanmu.

Mama tahu kau anak yang pintar. Dan kenyataan itu telah diakui oleh semua guru-guru yang mengajarmu. Kau begitu mudah menangkap apa yang diajar. Apa yang perlu kau lakukan kini, hanya kurangkan bermain dan cuba memberi lebih perhatian terhadap pelajaran sewaktu di dalam kelas. Mama percaya kau mampu sayang.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.