hari ini 9th Mac jam 5.30 aku terkedu bila mendengar kejadian yang menimpa suamiku. Kejadian yang selama ni hanya ku dengar melalui media eletronik atau sekadar terbaca dalam surat-surat khabar. Tapi hari ini kejadian itu dialami sendiri oleh orang yang paling rapat dengan diriku.
Jam 5.30 petang, tiba-tiba suamiku pulang dengan keadaan yang mencurigakan. “kenapa bang, lain aja saya tengok?” tanyaku. “HP abang kena ragut.” Perlahan saja suamiku menjawab. Tubuhku menjadi lemah. Itulah kelemahan diriku, aku tidak dapat mengawal perasaan bila menghadapi situasi atau menerima berita yang kurang baik. Namun aku bersyukur kehadrad ilahi kerana tiada kecederaan serius hanya sekadar luka kecil saja ditepi mata suamiku. “abang taklah sedih sangat kalau dia nak HP tu, tapi yang abang terkilan tu, terdapat banyak kontaks number dandata-data yang abang simpan dalam HP tu. Kata suamiku dengan nada yang masih lagi terkejut. “tak apalah bang, nak buat macam mana. Itu dah kehendak takdir. Anggap saja kejadian hari ni (kifarat) buat abang. Inshaallah ada hikmah disebaliknya.” Aku cuba menenangkan suamiku. “yala. Abang redha.” Kata suamiku perlahan.
Hai peragut, sebenarnya bukanlah nak mempersoalkan sangat tentang kehilangan HP tu, tapi yang lebih penting, ianya melibatkan masa dan kewsihatan mangsa. Mangsa terpaksa membuang masa untuk mendapatkan kembali data-data penting dan pergi ke selcom untuk mendapatkan syn card baru. Mangsa juga terpaksa melalui proses pemulihan semangat akibat terkejut dari perlakuan anda yang tidak bertamadun.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.