assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, March 30, 2010

MEMBUKA KENANGAN SILAM

Terbaca sahaja tulisanmu bertarikh 28 Mac, mindaku segera terbayang akan peristiwa lebih dua dekad yang lalu. Saat itu kita sama-sama dalam form 5. kau memang berbakat dalam penulisan sejak di sekolah rendah. Sejak kecil tulisanmu penuh provakasi. Aku tahu itu adalah caramu untuk meluahkan rasa tidak puas hatimu terhadap seseorang yang bukan lawanmu. Itu hanya sekadar pandanganku. Pun begitu aku amat berbangga punya teman yang kini sudah menjadi seorang professional.

Mengintai kembali ke peristiwa itu, ya, masih terasa hangat hatiku saat itu. Petang itu aku dan beberapa orang teman baru saja pulang dari sekolah. Seperti mana kau, aku juga bersekolah IP (inter grated programme). Belum pun sempat nak merehatkan badan, kesemua pelajar IP telah dipanggil ke dewan dan disuruh menyalin kembali surat layang ala-ala surat cinta yang penuh bahasa provokasi yang ditujukan kepada salah seorang guru asrama. Setelah selesai, syarahan pun dimulakan dengan panjang lebar oleh puan pengetua asrama yang waktu itu puan A. telingaku tak terasa hangat kerana aku langsung taktahu menahu tentang bingkisan romantis tu. Tapi setelah ku baca berkali-kali warkah puitis, naluriku mengatakan bahawa aku kenal akan bahasa itu. Tapi untuk tidak mengeruhkan keadan, aku mendiamkan diri. Tapi di kalangan rakan-rakan perempuan, tak satu pun menerka orang yang sama dalam mindaku.

Kini hari ini tulisan itu muncul kembali miski pun bahasanya tidak menjerumus kepada bahasa yang menyakitkan telinga orang yang berkenaan. Namun ganti nama yang kau gunakan bagiku amat tidak sesuai ditulis oleh seorang yang professional.

Aku langsung tidak berniat untuk mengaitkan tulisan ku ini dengan permasalah yang kau hadapi, tapi sekadar ingin menyentuh bahasa dalam tulisanmu. Tulisan yang bagiku telah membuat mindaku kembali berputar kepada kenangan silam.

Bagiku siapa pun kita, bahasa yang digunakan dalam tulisan seseorang, sedikit sebanyak mencerminkan peribadi.

Monday, March 29, 2010

TIP MAKANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Di laman yang tak seindahnya ini, saya ingin berkongsi satu atau dua tip pemakanan yang saya dengar dari sumber yang boleh dipercayai.

Pertama: jangan makan buah-buahan bersama susu. ia hendaklah dimakan sebelum mengambil susu. Rasionalnya: buah-buahan adalah satu pemakanan yang mudah dihadam. Sementara susu adalah pemakanan yang lebih sukar dihadam berbanding buah-buahan. Kerana susu mengandungi unsur protin. Jadi ia mengambil masa untuk penghadaman.

Sumber: rancangan “tanyalah ustaz” siaran 24th - 25th Mac. Terbitan tv9.

Kedua: dalam proses penyembuhan selepas terkena (santau), kita disarankan elak dari mengambil makanan yang berasid. Contoh: limau, cuka, rebung. Makanan ini dikatakan tidak mengandungi zat untuk tubuh badan dalam proses penyembuhan.

Sumber: rancangan “tanyalah ustaz” siaran 22nd - 23rd Mac. Terbitan tv9.

Mudah-mudahan catatan rinkas ini dapat memberi secebis infor kepada kita semua. Inshaallah.

ziarah teman

23rd Mac Selasa.

Hari ini seperti hari-hari yang lalu, aku on PC untuk menilik-nilik berita dalam akhbar tempatan demi menambah ilmu atau sekurang-kurangnya sebagai santapan telinga settelah kerja-kerja rumah ku bereskan. Kemudian Seperti biasa, aku melihat ke dalam inbox jika ada mail-mail yang menarik untuk dibaca atau jika kedapatan mail-mail yang harus ku save kan ke dalam folder-folder yang lain. Dalam keasyikan jejariku menekan kekunci keyboard, telingaku tertarik dengan mail yang dihantar oleh salah seorang (lister) dalam salah sebuah group. Isi kandungan mail itu menyatakan yang ; Alex telah dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat yang lalu. Alex merupakan salah seorang temanku yang agak rapat. Bagiku beliau seorang yang lembut dan mudah peramah dengan semua orang yang dikenalinya. Aku tercari-cari ayat dalam mail tersebut yang boleh memberi infor tentang di hospital mana dan wad berapakah Alex ditempatkan. Tapi aku hampa.

Dalam aku berkira-kira untuk menelefon HP Alex, tiba-tiba phone rumahku berdering menandakan ada panggilan untukku. “hello” aku menjawab panggilan. “hello Kiah, saya Alex. Sekarang ni saya kat hospital.” Alex memulakan perbualan dengan (speech) yang agak kurang jelas tapi masih boleh difahami. “Alex kat hospital mana dan wad berapa?” aku segera bertanya. “saya di hospital HKL dan wad Neurologi.” Kata Alex lambat-lambat. Ok tak apa, inshaallah petang ni saya dan husband akan ke sana. Alex makan ubat dan jangan susah hati ya.” Aku cuba menydapkan hati Alex. Memang aku berniat untuk melawat beliau pada hari itu juga. “ok. Bye.” Alex mengakhirkan perbualan kami. Setelah mengakhirkan perbualan bersama Alex, aku segera call suamiku dan menyatakan hasratku untuk mengajaknya menemaniku ke HKL. Tanpa banyak bertanya, suamiku memberikan persetujuan.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, aku dan suami keluar dari rumah. Kami ke HKL dengan menaiki taksi sahaja untuk menjimatkan masa. Hamper jam 1.00 aku dan suami dah sampai di tempat Alex. Ku lihat Alex begitu gembira dengan kehadiran kami. Lebih kurang 1 jam setengah aku dan suami menemani Alex. Biar pun kesihatan Alex tidak stabil, dia masih mampu bergurau dan berlawak dengan kami. Sempat juga aku bertanya perihal kesihatan Alex kepada Nurse yang bertugas. Menurut Nurse tersebut, kesihatan Alex taklah meruncing. Hanya mungkin kerana dia tidak mengambil ubat secara teratur dan kerap melupakan ubatnya. Kesihatan Alex masih boleh dipulihkan jika dia mengikut setiap nasihat doctor. Mengikut pemerhatian nurse itu, tak ramai teman Alex yang datang melawat. Malah kaum keluarganya pun terlalu kurang. Bab keluarga ni, aku tak berani nak komen. Almaklumlah, sebagai manusia lemah, kita terlalu terikat dengan masa yang kita sendiri kurang arif untuk handle dan banyak perkara yang menuntut komitmen kita. Sehingga kita terlupa akan saudara yang memerlukan perhatian dari kita. Menurut nurse lagi, jika tiada keluarga Alex yang datang menjemputnya dalam tempoh beberapa hari ni, beliau akan dihantar ke (nursing home).

“Lex, saya tak boleh lama-lama kat sini. Maklumlah 4.30 nanti anak saya nak balik dari sekolah. Jadi, saya perlu balik sekarang.” Aku memberitahu Alex. Sebelum pulang, sempat aku dan suami berpesan-pesan itu dan ini dan meminta Alex beritahu kami bila dah (discharge) nanti. Sebelum berlalu aku dan suami bersalaman dengan Alex.

Sewaktu kami keluar dari HKL, hujan turun dengan lebat sekali. Kami terpaksa teruskan perjalanan pulang kerumah kerana si kecil akan pulang dari sekolah tak lama lagi.

Dalam perjalanan pulang, aku berdoa dalam hati agar keluargaku diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Dan mudah-mudahan aku sentiasa dikelilingi orang-orang berhati perihatin jua hati yang belas. Mudah-mudahan hatiku juga sentiasa punya rasa tanggungjawab sesama keluarga dan teman.

Wednesday, March 24, 2010

KHAS BUAT TEMAN

Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan buatmu temanku. Di celah-celah kesibukan masa yang pantas meninggalkan kita, aku sentiasa mendoakan kebahgian dirimu seisi keluarga. Mudah-mudahan kau terus dalam dakapan kejayaan. Inshaallah.

Terima kasih teman kerana memberiku kecerian. Gelak tawa dan kemesraanmu membuatkan aku lupa akan kedukaan semalam. Jua terima kasih kerana kau rela menghulur tanganmu saat aku lemas dalam ilusi sendiri. Benar katamu ; setiap dari kita takkan hidup lama. Maka apa yang terjadi terimalah dengan redha kerana itu adalah pilihan kita sendiri. Setiap apa yang terhidang di depanku, akan aku sambut dengan penuh rela dan akan aku cuba lakukan yang terbaik.

Teman, aku amat menghargai ungkapanmu ; saya akan sentiasa di sisi awak jika diperlukan. Terima kasih, hanya itu yang mampu aku ucapkan padamu. Mudah-mudahan persahabatan kita kan terus suci demi kebahgian kita bersama.

Akhirkata dariku, sambutlah salam penuh doa buatmu. Inshaallah kita kan terus dalam rahmat dia yang maha esa.

Friday, March 19, 2010

LEARN ABOUT OSTEOPOROSIS

Menopause Drugs and Medications
There are a number of prescription and over-the-counter medications available to
treat the symptoms of menopause. This article focuses on treatments for the 3
most common symptoms and complications: hot flashes, bone loss, and vaginal
dryness.
Healthy Lifestyle Habits During Menopause
You can't avoid menopause. And in most cases, you can't avoid the symptoms
associated with it. But the good news is that there are ways you can minimize—or
even prevent—the bothersome side effects of this transition. Healthy lifestyle
habits, such as exercise, a balanced diet, and not smoking are the best ways to
do so.
Hyperthyroidism Complications
Untreated hyperthyroidism can lead to serious complications, mainly related to
the heart. When you have hyperthyroidism, your body is, in a way, running on
overdrive all the time, and that can greatly affect your heart. Some possible
heart-related complications of uncontrolled hyperthyroidism are:
Surgery for Osteoporosis
If you have a serious osteoporosis fracture, you'll most likely need surgery.
The most common locations for osteoporosis-related fractures are in the hip,
spine, and wrist.
Risk Factors for Osteoporosis
Osteoporosis, or bone loss, affects people of all different ages and
backgrounds. But there are certain risk factors that may make you more
susceptible to developing osteoporosis. Some of the most common osteoporosis
risk factors are often unavoidable; that is, you can't control their occurrence.
These factors include:
Physical Therapy for Osteoporosis
You may want to visit a physical therapist to help you recover from an
osteoporosis-related fracture. Physical therapy won't heal the broken bone—but
it will give you better odds of a successful recovery.
Osteoporosis Prevention
It's never too early to start thinking about what you can do to prevent
osteoporosis. From the foods you eat to the amount of regular physical activity
you get, the choices you make impact your health—right down to your bones. Below
are four areas to focus your efforts in preventing osteoporosis:
Osteoporosis Overview
Osteoporosis means "porous bone," and it's a disorder characterized by "holey"
bones. This might be confusing because if you viewed a healthy bone under a
microscope, it would have gaps similar to those in a honeycomb. But an
osteoporotic bone contains much bigger spaces than healthy bones.
Exercise and Osteoporosis
Bones—like muscles—respond to the stresses placed upon them. So as you
strengthen your muscles with exercise, you'll strengthen your bones, too.
Estrogen Replacement Therapy for Osteoporosis
If you're approaching menopause, your body will likely alert you to the sudden
drop in estrogen with physical signs (such as hot flashes) and psychological
changes (including mood swings).

KEKESALAN

Malam ini suasana amat mendamaikan. Tapi aku takbisa melelapkan mata. Entah kenapa, aku ssendiri tak pasti. Pelbagai cerita menerjah ke mindaku. Terasa ada sesuatu yang hilang dari diriku. Tapi aku tak pasti samada ia benar hilang atau sekadar ilusiku. Aku pandang sekelilingku, di sisiku ku lihat suami dan putraku lena diulit mimpi. Ini bererti aku belum kehilangan orang yang ku sayang. Namun naluriku tetap rasa kehilangan. “Oh tuhan, pertambahkan imanku. Cekalkan hatiku untuk menerima apa saja yang kau takdirkan ke atas diriku.” Doa hati kecilku. “ku tahu apa saja yang kau beri padaku, adalah kifarat di atas kesalahanku sendiri.” Manik-manik jernih mula gugur. Aku lantas bangun dan berlalu dari pembaringanku. Aku tak mahu esakkanku mengganggu lena putra dan suamiku.

Terasa pedih di dasar jiwaku. Untuk mengurangkan tekanan, aku lantas on PC lalu ku tarikan jejariku di atas keyboard. Kerana tiada telinga yang sudi menelinga masalahku, maka PC lah tempatku meluah isi hatiku. Sekurang-kurangnya ia dapat melegakan tekanan perasaanku.

“ya Allah, satu lagi watak telah kau perkenalkan padaku. Aku berterima kasih padamu tuhan, kerana sering memberi aku pengajaran melalui pengalaman.” Bisik hati kecilku. “kau terlalu agung ya Allah, kerana menciptakan berbagai watak termasuklah diriku sendiri.” Aku menarik nafas dalam-dalam, terasa berat hela nafasku. Aku tak boleh menyalahkan atau marahkan orang lain, dengan apa yang terjadi ke atas diriku. Segalanya bermula atas kelemahan imanku. Dek kelalaian diriku, ada ruang yang terluang yang membolehkan anasir luar menerobos ke dalam kamar hatiku. Aku sendiri tak tahu bagaimana kamar yang selama ini ku kunci rapi tiba-tiba terdapat lubang tanpa ku sedari. “ya Allah, apunilah aku. Berilah aku kekuatan untuk mempertahankan kesucian hatiku. Hindarkan hatiku dari terlibat dengan mengalami kekotoran dari debu-debu luar.” Doaku di dalam hati. Mudah-mudahan Allah memberi jalan seluas-luasnya untukku sucikan hatiku kembali.

Sunday, March 14, 2010

OSTEOPOROSIS

Definition of Osteoporosis
Osteoporosis is a condition of decreased bone mass. This leads to fragile bones
which are at an increased risk for fractures. In fact, it will take much less
stress on an osteoporotic bone to cause it to fracture than it would on a
healthy bone.
The term "porosis" means porous, which describes the appearance of osteoporosis
bones when they are broken in half and the inside is examined. Normal bone
marrow has small holes within it, but a bone with osteoporosis will have much
larger holes. This picture shows a bone with osteoporosis on the top with large
spongy holes, and a normal bone on the top with normal small passageways.
Diagnosing Osteoporosis
There is no method of determining the actual structure of bones without removing
a piece during a biopsy (which is not practical or necessary). Instead, the
diagnosis of osteoporosis is based on special x-ray methods called densitometry.
Densitometry will give accurate and precise measurements of the amount of bone
(not their actual quality) in different parts of the body. This measurement is
called bone mineral density or BMD.
The World Health Organization (WHO) has established criteria for making the
diagnosis of osteoporosis, as well as determining levels that predict higher
chances of fractures. These criteria are based on comparing the BMD of the
patient with that of a typical healthy, young female's.
BMD values that fall well below the average for the healthy, young female's
(stated statistically as 2.5 standard deviations below the average) are
diagnosed as osteoporotic. If a patient has a BMD value less than the healthy,
young female, but not 2.5 standard deviations below the average, the bone is
osteopenic. Osteopenic means decreased bone mineral density, but it's not as
severe as osteoporosis.
Although these criteria are widely used, they were based on a Caucasian female,
so there will be some differences when these levels are applied to non-Caucasian
females or to males in general. Despite this flaw, BMD measurement is a common
method that's helpful in all groups.
The Importance of Testing
Osteoporosis is different from most other diseases or common illnesses in that
there is not a single cause.
The overall health of a person's bones is determined by many things, ranging
from how well the bones were formed as a youth to the person's physical activity
level over the years.
During the first 20 years of life, the formation of bone is the most important
factor. After that point, it is the prevention of bone loss that becomes most
important. Anything that causes decreased bone formation early in life, or loss
of bone structure later in life, may lead to the disease.
Testing will help determine if you are at risk for osteoporosis. From there, you
can determine whether you need to make certain lifestyle changes to prevent
osteoporosis and fragile bones that are subject to fracture.


Last updated on 05/21/09

Friday, March 12, 2010

KESAH HAIKAL

Mei 2007 masih segar dalam ingatanku. Ketika itu putraku Haikal baru berusia 3 tahun. Kerana pada bulan inilah Haikal disahkan mengidap tonsillitis. Dan mulai bulan inilah juga Haikal asyik keluar masuk hospital disebabkan masalah tonsil. Tapi alhamdulillah kami telah belikan (Medical Assurance) sejak Haikal berusia 4 bulan lagi. Jadi, kami tak perlu risau tentang kos setiap kali dia dimasukkan ke hospital.

Awal Mei kami tiga beranak pulang ke kampong suamiku untuk menjenguk kedua mertuaku. Cuaca waktu itu teramatlah panas. Aku tahu cuaca begini tidak begitu sesuai untuk diri Haikal. Sewaktu di kampong, Haikal sungguh gembira. Dia bebas berlari sambil mengejar ayam. Almaklumlah rumah kami di KL mana nak dapat ayam dan Haikal pun tak pernah ku benarkan keluar keseorangan. Jadi, sesekali pulang ke kampong, Haikal berperangai tak ubah seperti burung terlepas dari sangkar. Terlalu sukar untuk kami mengawalnya. Mentelah lagi Uwan dan atuknya asyik menyebelahinya saja.

Setelah 3 malam kami di kampong, kami pun pulang ke KL semula kerana suamiku tak dapat nak bercuti panjang. Almaklumlah suamiku hanya bekerja sendiri. Jadi, kalau cuti panjang, alamat tak berasaplah dapur. Kami pulang ke KL dengan menaiki keretapi. Sengaja kami ambil tiket disebelah petang dan akan sampai di rumah pada sebelah malam. Sesampai saja di rumah, aku terus bersihkan Haikal dan berikan susu sebelum tidurkan dia. ketika dalam keretapi tadi, kami sudah pun makan. Malam itu aku tak dapat tidur lena, kerana ku lihat Haikal keresahan dalam tidurnya. Untuk meredakan kegelisahan Haikal, aku sapukan minyak keseluruh badan terutama kakinya. Fikirku pasti Haikal terlalu penat sewaktu di kampong. Yalah, sepanjang di sana, dia langsung tak duduk diam. Setelah minyak ku sapukan, ku lihat Haikal lebih selesa berbanding tadi.

Keesokan harinya, Haikal ku lihat tidak selincah hari-hari yang lalu, aku langsung mendapatkannya, ku dapati suhu badannya tidak normal. Lantas aku menyuapkan ubat demam. Waktu kecilnya, dia terlalu sukar nak diberi ubat. Anda boleh bayangkan betapa sukar seorang ibu OKU pengelihatan sepertiku terpaksa mengejar dan menggunakan psikologi yang tinggi untuk memenangi hati seorang anak kecil. Setiap kali makan ubat, Haikal akan menjerit sekuat-kuat hati seolah-olah dia didera oleh ibunya. Saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa aku malu dengan jiran-jiran. Setelah ubat ku beri, suhu badannya mula menurun. Tetapi beberapa jam kemudian, suhunya tinggi kembali.

Hari itu Haikal tidak langsung menyentuh nasi. Susu pun sedikit sekali diminumnya. Pada sangkaanku demamnya akan pulih bila ubat ku berikan berulang kali mengikut jadual. Sangkaanku meleset sama sekali. Bila malam, suhu badan Haikal tinggi mendadak. Dia mula mengigil dan merengek agar sentiasa didukung. Hatiku jadi tak keruan. Airmata keibuan mula jatuh melihat keadaan Haikal yang belum pernah dialami sebelum ini. “bang balik. Haikal demam agak serius.” Aku memberitahu suamiku yang masih di tempat kerjanya saat itu. “ok. Mek siap dulu. Nanti abang balik dengan taksi dan kita terus hantar Haikal ke hospital.” Kata suamiku dihujung talian. Oleh kerana Haikal langsung tak mahu lepas dari dakapanku, aku hanya dapat memakai tudung tanpa bertukar pakaian. Nasib baiklah aku memang jenis berpakaian lengkap walau pun di rumah.

10 minit kemudian suamiku sampai ke rumah. Tanpa banyak bersoal jawab kami terus saja bawa Haikal ke hospital dengan menggunakan taksi yang sama. Jarak hospital dari rumah kami tidaklah jauh sangat. Hanya memakan masa lebih kuran 10 ke 15 minit saja. Setiba di hospital, kami terus dibawa oleh pengawal yang bertugas ke bahagian kecemasan. Tanpa lama menunggu, Haikal dibawa berjumpa doctor. Setelah pemereksaan dibuat, tonsil Haikkal didapati membengkak dan suhu badannya mencecah 40 darjah celcius. Aku tahu suhu begitu terlalu tinggi untuk seorang anak kecil. Setelah doctor bertanya serba sedikit tentang Haikal, doctor mengarah Nurse untuk memasukkan ubat demam melalui buntut. Oleh kerana badan Haikal kelihatan kering dan tidak bermaya, doctor syorkan Haikal dimasukkan ke wad. Lantas aku meminta agar Haikal direfer kepada doctor Lim. Dr. Lim sudah biasa dengan Haikal. Sejak dia lahir lagi. Jadi pada pendapatku Dr. Lim sudah tahu sejarah Haikal. Dengan ini memudahkan proses perubatan. Kerana dalam perubatan, seseorang doctor itu perlu tahu sejarah seseorang pesakit, sebelum sebarang ubat hendak diberi. Oleh kerana Haikal tidak boleh berpisah dari mama dan papanya, maka kami telah minta agar kami diberi (single room). Jadi, bolehlah mama dan papa Haikal tidur sekali sepanjang dia di hospital.

Sementara suamiku menguruskan perihal kemasukan Haikal ke wad, dia telah pun dipasang drib untuk menyalurkan air dalam proses turunkan suhu badannya. Beberapa minit kemudian, kami pun dibawa ke wad. malam itu aku dan suami terpaksa tidur bergilir-gilir kerana memangku Haikal. Haikal langsung tak mahu diletakkan di atas katil.

Keesokkan harinya Haikal dipereksa oleh Dr. Lim. Setelah pemereksaan rapi dibuat, senarai ubat dikeluarkan. Kesempatan ini ku ambil untuk bertanya itu dan ini kepada Dr. Lim. Inilah kali pertama Haikal demam panas dan mempunyai masalah tonsil. Haikal terpaksa terlantar di wad selama 6 hari. Hatiku teramat sayu waktu itu melihatkan Haikal yang lemah tak bermaya. Dia langsung tak makan selama beberapa hari.

Masuk hari yang kelima Haikal di hospital, tonsilnya mula mengecut. Dan mula nak minum susu. Sedikit demi sedikit Haikal mula berselera dan menampakkan kelincahan serta wajahnya yang ceria. Dalam hatiku tak putus-putus bersyukur kehadrat ilahi kerana kembalikan Haikal seperti dulu.

Sejak detik itulah Haikal sering keluar masuk hospital disebabkan masalah tonsil. Menurut Dr. Lim Haikal tidak perlu menjalani pembuangan tonsil, kerana tonsilnya kembali normal dalam masa beberapa hari. Pembedahan diperlukan sekiranya tonsil seseorang itu terus membengkak biar pun demam sudah sembuh.

Thursday, March 11, 2010

RINDU

Teman,
Masa jauh memisahkan kita,
Hati menjerit,
Resah menggigit,

Dedaun sayang,
Kuning kekeringan,
Bunga kasih
Gugur kelayuan,

Aduh,
Jiwa kesakitan,
Rindu mencengkam,
Ke dasar paling dalam,

Wednesday, March 10, 2010

HAI PERAGUT

hari ini 9th Mac jam 5.30 aku terkedu bila mendengar kejadian yang menimpa suamiku. Kejadian yang selama ni hanya ku dengar melalui media eletronik atau sekadar terbaca dalam surat-surat khabar. Tapi hari ini kejadian itu dialami sendiri oleh orang yang paling rapat dengan diriku.

Jam 5.30 petang, tiba-tiba suamiku pulang dengan keadaan yang mencurigakan. “kenapa bang, lain aja saya tengok?” tanyaku. “HP abang kena ragut.” Perlahan saja suamiku menjawab. Tubuhku menjadi lemah. Itulah kelemahan diriku, aku tidak dapat mengawal perasaan bila menghadapi situasi atau menerima berita yang kurang baik. Namun aku bersyukur kehadrad ilahi kerana tiada kecederaan serius hanya sekadar luka kecil saja ditepi mata suamiku. “abang taklah sedih sangat kalau dia nak HP tu, tapi yang abang terkilan tu, terdapat banyak kontaks number dandata-data yang abang simpan dalam HP tu. Kata suamiku dengan nada yang masih lagi terkejut. “tak apalah bang, nak buat macam mana. Itu dah kehendak takdir. Anggap saja kejadian hari ni (kifarat) buat abang. Inshaallah ada hikmah disebaliknya.” Aku cuba menenangkan suamiku. “yala. Abang redha.” Kata suamiku perlahan.

Hai peragut, sebenarnya bukanlah nak mempersoalkan sangat tentang kehilangan HP tu, tapi yang lebih penting, ianya melibatkan masa dan kewsihatan mangsa. Mangsa terpaksa membuang masa untuk mendapatkan kembali data-data penting dan pergi ke selcom untuk mendapatkan syn card baru. Mangsa juga terpaksa melalui proses pemulihan semangat akibat terkejut dari perlakuan anda yang tidak bertamadun.

Tuesday, March 9, 2010

RESAH

Tatkala bulan,
galak mengambang,
aku resah,
menghitung siang,
tenggelam aku,
dalam gelombang,

Tanya hati,
pada diri
benar dia,
yang ku cari,
Atau Cuma,
Dalam ilusi,
Tika hati,
dicengkam mentari,

Hakcipta Alang Terengganu

Monday, March 8, 2010

KERESAHAN

Persekolahan 2009 sudah hamper 3 bulan berlangsung. Namun kau masih berat dan terkadang menangis untuk ke sekolah. Tidak seperti waktu kau berusia 4 dan 5 tahun. Saat itu kau terlalu teruja dan gembira sekali setiap hari. Tak pernah sekali keluar dari mulutmu yang kau jemu dan takut nak ke sekolah.

Tapi tahun ini kau berubah watak. Katamu, waktu belajar, kau tak lagi dibenarkan bermain dan guru-guru yang mengajar juga agak serius. Mengertilah sayang, kau kini sudah 6 tahun. Pelajaranmu juga kian memberat. Jadi kau kini sudah patut menumpu sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh gurumu. Kerana tak sampai hati melihat kesedihanmu setiap pagi, mama telah bertanyakan pada kesemua gurumu apa yang sebenarnya berlaku, yang menyebabkan kau hilang minat ke sekolah. Kini mengertilah mama, yang kau terlalu takut akan guru Tajwid. Menurut kata guru itu, dia terpaksa bertegas, jika tidak kau dan anak-anak yang lain tak ambil serius. Fahamilah sayang, gurumu terpaksa berbuat demikian keranaTajwid itu wajikb dipelajari oleh semua orang islam.

Setiap kali kau menangis untuk ke sekolah, tiap kali juga hati mama menjadi sayu. Terasa amat berat untuk melepaskan kau. Namun demi masa depan, kau ku pujuk dan sedaya upaya mama cuba mententeramkan perasaanmu.

Mama tahu kau anak yang pintar. Dan kenyataan itu telah diakui oleh semua guru-guru yang mengajarmu. Kau begitu mudah menangkap apa yang diajar. Apa yang perlu kau lakukan kini, hanya kurangkan bermain dan cuba memberi lebih perhatian terhadap pelajaran sewaktu di dalam kelas. Mama percaya kau mampu sayang.

Thursday, March 4, 2010

JUICING FOR HEALTH

Juicing for health Choosing a juicer
Vegetable juicing
Vegetable juicing is critical to good health because it is an
important source of raw food. Each of us needs raw foods every day,
and juicing is an excellent way to make certain you receive large
quantities of such raw foods.
Fruit juicing is certainly good for you, but it has one disadvantage
over vegetable juicing: fruit juice tends to increase insulin levels
when consumed.


Vegetable juice does not raise insulin levels like fruit juice. The only
exception to this would be carrot or beet juice which function similarly
to fruit juice. Nevertheless, fruit juicing is certainly better for you
and your children than drinking soda, which is a very bad idea.

Why should I juice vegetables rather than eat them whole?
Many of us have relatively compromised intestines as a result of poor food
choices over many years. This limits our bodies' ability to absorb all the
nutrients from the vegetables and juicing tends to facilitate this
absortion.
Vegetable and fruit juicing is also well suited for the fast moving
lifestyle which we pride ourselves in here in the West. It makes it
possible for busy people to add more healing foods into their diets with
minimal effort.
Can I make my vegetable juice in the morning and drink it later in the
day?
Although this is much better than not drinking vegetable juice at all,
juice is best drank freshly juiced. Vegetable juice is one of the most
perishable foods there is and ideally it would be best to drink all of
your juice immediately. However, if you are careful you can store your
vegetable juice for up to 24 hours with only a moderate nutritional
decline.
You can do this by putting the vegetable juice in a glass jar with an
airtight lid and filling it to the very top. There should be as little air
in the jar as possible because it is the OXYGEN in air that will "oxidize"
and damage the juice. Think of a cut apple turning brown when exposed to
air.
It's a good idea to use an opaque container to block out all light which
would also damage the juice and then store it in the refrigerator until
about 30 minutes prior to drinking since ideally the juice should be
consumed at room temperature.
What type of vegetables should I juice?
Celery + fennel + cucumbers is a good combination that is easily
tolerated by those just starting out with juicing.

Unfortunately these are not as beneficial as the more intense dark green
vegetables. Once you get used to these though you can start adding the
better, but perhaps less palatable ones in.
Green LEAFY vegetables are the best to use in your vegetable juicing
program. All green leafy vegetables work well. The easiest ones to use
include all the lettuces including, but not restricted to:
Red leaf lettuce
Green Leaf lettuce
Romaine lettuce
Escarole lettuce

You can then put in some of the other similar green leafy vegetables such
as spinach, kale and cabbage.
Cabbage juice is one of the most healing juices when it comes to repairing
an ulcer as it is a huge source of vitamin U.
Herbs also make wonderful combinations. Parsley and cilantro are great in
vegetable juice. (My favorite source for organic cilantro in 1 pound bags
and other organic herbs is here.)

One important note about the TASTE of vegetable juice
One major objection people raise when talking about vegetable juicing is
the TASTE. They can't stand it. I try to get my son to drink "green
juice", which is a challenge, and so I have to get creative... THERE IS A
SOLUTION: I highly recommend you use a few seedless grapes in your
vegetable juice. It's a fantastic way to improve the taste of your juice.
Adding 2-3 apples also works well.
You can get more ideas for juicing on the juicing recipes page. There are
also many juicing books which can help you put together a solid juicing
program.
You must rotate the vegetables you are using in your vegetable juicing
program!
It is very important to not have the same vegetables every day. the
chances are quite high that if you keep juicing the same vegetables for
any significant length of time you will become allergic to them. Variety
is king.
What type of juicer can I use in my juicing program?
In my opinion, the Vitamix and the Healthmaster juicer are the best
machines on the market.
Cleaning up your juicer is important
It's important to clean your juicer immediately after you juice to prevent
it from contaminating the juicer with mold growth. I like to regularly
clean my juicer by dropping a few drops of bleach in my juicer, running it
for a minute and then rinsing it thoroughly.
Because vegetable juice has virtually no fat and no protein in it, it's a
good idea to balance the meal by adding some essential oils when you juice
as well as some protein supplement to make the meal more balanced. I find
the lowest price for high quality liquid amino acids on the internet is
here.
Adding essential oils to your vegetable juice
There are 4 basic supplements you could use:
Fish Oil (EPA/DHA) (source of omega 3 fatty acids)
Flaxseed oil (source of omega 3 fatty acids)
Cod Liver Oil (has vitamin D and vitamin A in addition to the EPA/DHA of
fish oil.)
Evening Primrose Oil (source of omega 6 fatty acids)
Juicing as a way of fasting
Consuming nothing but fresh, diluted juices from various fruits and
vegetables for a day or more is a safe and helpful form of fasting. I
believe that juice fasting actually works better than a straight water
fast, because it helps to eliminate wastes, old or dead cells while
building new tissues with the easily accessible nutrients from the juices.
The more drastic water fast is more intense, often resulting in more
sickness and less energy, than fasting with fruit and vegetable juices.
Paavo Airola, one of the pioneers of fasting in America, states in his
book "How to Get Well" that "systematic undereating and periodic fasting
are the two most important health and longevity factors."
When juicing, always make sure to use clean filtered water as you do not
want chlorine to be a part of your diet.

© 2002 Healing Daily