Alhamdulillah Sabtu lalu, dengan keizinan Allah, saya telah
berkesempatan menyaksikan demonstrasi penggunaan ‘Pen Alquran Braille’ yang
telah dianjurkan sendiri oleh syarikat pengeluar “Altasneem Sdn Bhd dengan
kerjasama PERTIS (Persatuan Orang Buta Islam Malaysia).
Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan blind lain
yang tak berkesempatan menyaksikan sendiri gajet tersebut Sabtu lalu. Saya mohon maaf kerana tidak dapat
menyediakan imej gajet tersebut atas masalah camera.
*bentuk dan saiz pen tersebut lebih kurang sama dengan pen
alquraan normal
*gajet pen itu juga disediakan USB
*gajet pen itu didatangkan dengan senaskah buku Braille
tetapi ianya bukan naskah alquraan
*buku Braille itu disediakan dalam tulisan roman, nipis,, bertindak
sebagai papan menu
Ia mengandungi pilihan:
*qari
*surah
*main (play),
*stop,Dan beberapa lagi features lain
*untuk membuat pilihan, pengguna hendaklah menyentuh pen
tersebut kepada perkatan-perkataan dalam buku Braille yang disediakan
Harga? Saya rasa harga yang diberi oleh syarikat Altasneem
adalah mampubeli oleh 90 peratus gulungan blind iaitu:
*set gajet pen tanpa beg rm 150
*set gajet pen bersama beg rm 200
Kebaikan dikaca mata saya:
*ringan
Praktikal untuk dibawa kemana saja
*mudah dan simple
Mampu digunakan oleh sesiapa pun dari kalangan blind miski
pun tanpa pengetahuan it.
Pendapat peribadi:
Apa pun saya tetap mengimpikan gajet eBraille alquraan ciptaan
FKM UTm. Miski ia mungkin telah pun
tersimpan dalam perpustakaan universiti itu, namun hati ini tetap meminati
keunikan gajet itu.
Maklumlah, bagi saya yang masih mahu merasai
huruf-hurufalquraan Braille dan masih perlu menikmati ketepatan tajuid dengan
jari jemari sendiri, maka, gajet ebraille alquraan inila idaman dihati miski ia
seumpama mimpi.