assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, January 31, 2012

BUAL PENGALAMAN

minggu lalu rumahku didatangi tetamu yang tak diundang. Ah, resah gelisah jiwa ini dibuatnya.

Sudahlah hadirnya mencuakan, dia begitu angkuh berlegar-legar ke setiap pelusuk rumahku, tanpa sedikit punya rasa segan silu.

Kata orang-orang tua, makhluk ini tak boleh disumpah seranah, kelak lagi mengganas tindak tanduknya. Entahlah aku sendiri tak pasti akan kebenaran falsafah itu, namun aku tetap percaya,selagi dia makhluk Allah, maka tetap tak boleh disumpah seranah.

Hampir seminggu juga ketenangan aku sekeluarga diganggu gugat. Mana tidaknya, takut-takut aku sekeluarga menjadi mangsa air kencingnya. Yalah, telah banyak kes kematian disebabkan virus yang terdapat didalam air kencing makhluk ini.

Puas aku menghidangkan makanan yang lazat-lazat sebagai umpan, namun satu pun tak disentuhnya. Nampaknya makhluk ini juga mengalami revolusi minda, semakin pintar akal manusia, semakin cerdik juga otak makhluk ini.

setelah setiap pelusuk rumah digeledah dan dibersihkan dengan bantuan (house cleaner), akhirnya terjumpalah sebuah lubang kecil yang kami percaya,itulah ruang yang membolehkan makhluk ini menyelinap ke dalam rumahku. Kerana setelah disiminkan lubang itu, tiada lagi jejak-jejaknya serta kelibatnya juga tak lagi dilihat anakku.

Kini Alhamdulillah, ketenangan kembali menjadi miliku sekeluarga.

Thursday, January 26, 2012

BINGKISAN PAGI

Cuti panjang minggu lalu aku ke Tapah, melawat kakak ipar yang baru menjalani operation yang agak sirius.

 

Alhamdulillah, kesihatannya stabil dan bekas operation juga menampakkan penyembuhan yang cepat.

 

Bagi aku dalam keadaan apa sekali pun, di samping rahmat Allah, semangat dan ceria adalah penawar paling mujiarab.  Dan aku kira kakak iparku salah seorang yang kuat semangat.

 

Aku ke sana bersama adik dan keluarganya.

 

Nak ditakdirkan rezeki aku, masuk saja Tapah, adikku ternampak restaurant Mi Rebus Tapah.  Teringatkan akan cerita orang, yang mi rebus Tapah sedap, aku apa lagi segera meminta dia berhenti untuk berjamu selera di situ.  So, dapatlah aku merasa keenakan air tangan orang Tapah agaknya.

 

Haha, nasib baik restaurant yang kami singahi, mi rebusnya memang sedap.  Kuahnya pekat sehingga terasa lemak dan manis ubi keledik.  Walau pun bahannya tak banyak, namun bagi aku, rasanya begitu memuaskan,  dan harganya taklah mahal.

 

Keesokan harinya, on the way balik KL,  anak-anak buahku merayu ibu ayah mereka agar singgah Cameron.  Mahu tak mahu,  untuk tidak membebankan telinga, adikku turutkan saja.

 

Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki di Cameron.  Tapi sayang anak dan suamiku tak turut serta.  Dan itulah pertama kali aku terpisah dari mereka.  Rindu?  Usah cakaplah.  Sampai saja di rumah, bujang cilikku terus mengeluarkan airmatanya yang mungkin telah terkumpul dari semalam.

 

Oh, tersasar cerita.

 

Wau,jalan ke Cameron sungguh mencabar.  Mana tidaknya, jalannya berbukit dan berbengkang bengkok.  Silap-silap,boleh muntah dibuatnya.  Nasihat aku, sebelum ke sana, elok isi perut dulu,  tapi jangan terlalu kenyang.

 

Disepanjang perjalanan ke Tanah Rata, terdapat tempat perkelahan, kedai menjual craft tangan seperti tudung saji, kedai menjual sayur-sayuran segar, dan cenderahati.

Jarak antara Tapah ke Cameron ialah lebih kurang km 40,  kalau tak silap.

 

Kerana masa agak suntuk, kami taklah naik hingga ke strobary farm.

 

Setelah begitu begini, dan membasahkan tekak dengan lemon tea (fresh tea),  kami pun meninggalkan Cameron.

Wednesday, January 25, 2012

BR1M

Sukar untuk menyangkal dakwaan pembangkang bahwa pemberian BR1M adalah bermotifkan politik.

Mana tidaknya, di dalam surat pemberitahuan tempat dan tarikh penerimaan BR1M, tercatat sekali kawasan parlimen penama. Apakah itu satu kebetulan?

Entahlah, tepuk dahi, tanyalah hati.

Maaf, blogger tidak dapat melampirkan surat pemberitahuan tersebut kerana ianya bukan hakmilik blogger.

Catatan ini tidak terarah kepada mana-mana pihak. Sekadar terluah hasil dari situasi semasa.

Wednesday, January 18, 2012

BUAL TIPS

Tip mempercepatkan perompak keluar dari rumah, andai ditakdirkan rumah kita menjadi mangsa:

*Sentiasa menyimpan sedikit barang-barang berharga seperti:duit/barang-barang kemas di dalam tin di belakang pintu.

Perompak harta benda akan segera keluar dari rumah, setelah mendapat target.

*jangan melawan

Tips dari Encik Kamal Afendi, Penganalisis Jenayah

Dipetik dari: ruangan Jenayah MHI

Thursday, January 12, 2012

SINUS/RESDUNG

Alhamdulillah, setelah lebih 6 minggu Sinus bertahta di dalam diri, akhirnya ia berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan negatif.

untuk mempercepatkan proses pengnyah Sinus, saya lakukan reflexology yang kerap. nasib baik pengamal Reflexology ada di sebelah, hahaha.

menurut pakar yang saya temui,, sinus selalunya boleh bertahan sehingga 8 minggu di dalam diri seseorang.

di bawah, artikal yang kira boleh membantu bagi mereka yang baru disinggahi sinus/resdung.


Many people turn to a sinus infection home remedy to treat the initial symptoms of sinusitis. Sinus infection is a condition where the nasal passages and sinuses become inflamed due to an infection. This can often lead to a host of symptoms, including nasal congestion, headaches and a feeling of pressure in the areas of the nose, eyes and cheeks.

A sinus infection affects millions of people every year. It can range from periodic attacks to chronic infections.

There are medications such as antibiotics for sinus infection but many people prefer the natural approach, particularly during the early stages. A sinus infection home remedy may be a good option for you.

Here are a few you can try:

Use a nasal wash. A simple, homemade nasal irrigation wash can be concocted in the kitchen using a small amount of salt diluted in warm water.

A good ratio to use would be 1/4 tsp. salt to 1 cup warm water.

Fill an ear bulb syringe with the solution. Bend your head over a pan or sink. Tilt one side of the head slightly, so one nostril is elevated over the other.

Aim the tip of the syringe at the nostril and gently squeeze the water out. Allow the saline solution to fill the nasal passageway and drip through the other nostril. Hold your breath while you do this and finish the whole cup.

Irrigating the nasal passageway will help flush away mucus and bacteria and relieve the swelling. Nasal irrigation must be performed 2 to 3 times day until the problem subsides.

Fight the infection.

The body has a natural way of fighting back infection and some of the best sinus infection remedies are those that help boost the body’s natural defense system.

Start by eating fruits and vegetables that are rich in vitamins A and C, both of which are anti-oxidants and have anti-bacterial properties.

Vegetables and raw vegetable juice from sources such as carrots, beets, cucumbers and spinach are also excellent for improving the immune system.

It is also a good idea to add more onions and garlic to your food. Both onion and garlic have bacteria-fighting properties and produce chemicals that help clear up nasal congestion. They both have a pungent smell but are quite excellent as a sinus infection home remedy.

Dipetik dari: MedicineNet.com

Monday, January 9, 2012

TAHNIAH

Saya kira masih belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah untuk kedua-dua pelajar istimewa ini. jua kalungan tahniah buat ibu bapa anak-anak ini.

sengaja saya hiaskan kejayaan ini di lelaman kerdil ini,, paling tidak ia akan menjadi pembakar semangat bagi bujang cilik saya mengejar kejayaan kelak.


Hadi does not let disability stop him - General - New Straits TimesMobile News
Archive 1Klassifieds Property Auction Twitter RSS Friday, December 23, 2011,
9:22 AM Home

Email Print 23 December 2011 | Last updated at 12:10AM
Hadi does not let disability stop him
0 comments

ALOR STAR: Muhammad Hadi Darus, 15, was born without arms. His feet are also
slightly bent, forcing him to "drag" himself as he moves around.
Despite this, Muhammad Hadi of SMK Sungai Tiang, Pendang, has learnt to overcome
the obstacles to enjoy a normal life and excel in his studies.
Yesterday, Muhammad Hadi, who uses his left foot to write, scored 9As in the
Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination.
Muhammad Hadi, the second of five siblings, said having supportive parents,
teachers and friends helped him to pass with flying colours in the examination.
"I feel thankful to have such understanding and supportive parents, teachers and
friends to help me pull through."
He said his classmate, Mohd Fikri Ishak, would always help move his wheelchair
in school.
"I am also thankful to my teachers who conducted classes on the ground floor and
even prepared a special table for me during classes and the examinations."
Muhammad Hadi's mother, Halimah Che Pa, 49, said she was proud of her son's
achievement.
"He is very independent and diligent in his studies despite his disability.
"I am very proud of him and I hope that his achievement will inspire his younger
siblings."
In KUALA TERENGGANU, autism was no boundary for Muhammad Danial Zainuddin, of
Sekolah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, to score 9As.
Danial, whose dream is to become a lecturer, said he was overjoyed by the
achievement as it showed that the sacrifices of his parents were not in vein.
"To those who share the same fate as me, I advise them not to be discouraged by
any disabilities as there is always a way to overcome the odds to succeed."

Thursday, January 5, 2012

BUAL SORE

Imej di atas menunjukkan seorang warga emas sedang menjamu sang monyet.

 

Menurut pakcik Rahim, setiap pagi dia akan ke sini (satu kawasan dalam pekan Sungai Dua), dengan membawa buah-buahan untuk memberi makan sang monyet.  Dia berbuat begitu sudah lebih setahun.

 

Setiap hari akan bertambah bilangan monyet yang berkerumun bila melihat pakcik Rahim.

 

Menurut beliau lagi,  semakin hari, semakin ramai orang yang bermurah hati,  memberi makan kepada sang monyet.

 

Terkadang seolah pesta lagaknya.  Ada yang datang dengan membawa 2 tandan pisang, dan seguni buah-buahan.

 

Berkebetulan hari kami bersama pakcik Rahim, tiada kelihatan teman-temannya yang lain.

 

Bila saya bertanyakan ke mana teman-temannya yang lain, kata pakcik Rahim, sebenarnya, pada kebiasaannya mereka akan ke situ lebih kurang jam 9.00 pagi.  Tapi hari itu,  oleh kerana kami nak ikut, pakcik Rahim terpaksa lewatkan sedikit masanya.

 

Wau, bila pakcik Rahim buka saja pintu kereta, berderu (banyak) monyet yang menghampiri pakcik Rahim.

 

Nampaknya, sang monyet juga mengalami krisis makanan, mungkin akibat dari pertambahan populasi yang drastik saban hari.

 

Apa yang dilakukan oleh pakcik Rahim dan teman-temannya, harus diberi pujian,  kerana jika monyet-monyet tidak cukup makanan,   risiko monyet-monyet tersebut mengganas di kawasan kampung berhampiran  amat tinggi.

 

Contohnya di satu kawasan perumahan di ampang, mungkin kerana tidak cukup makanan di kawasan sekitar, rumah-rumah penduduk di sini menjadi mangsa.

 

Monyet-monyet di sini sentiasa mencari ruang untuk masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan makanan.

 

Begitu juga beberapa kampung di Langkawi.  Menurut beberapa orang pemandu teksi, mereka langsung tidak boleh mendedahkan pintu, mahu pun tingkap,  kerana ditakuti monyet akan masuk ke dalam rumah.

 

Bila masuk ke dalam rumah, sang monyet akan menggeledah apa saja di dapur.

 

Tak mustahil, andai satu hari,  monyet berkeliaran di bandar-bandar kecil.

Tuesday, January 3, 2012

PERGINYA, BEGITU MEMERITKAN

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam 2012 untuk semua sahabat pengunjung.

Mudah-mudahan tahun ini lebih memberi sinar dalam kehidupan kita,Inshaallah.

Semoga tahun ini lebih memberi ruang untuk kita sama-sama menunaikan janji-janji kita, terutama kepada YANG MAHA PENCIPTA.

Bagi Seorang Aku, 2011 berlalu dengan meninggalkan sinus yang masih bersantai di dalam tubuh. Memang penyakit ini tidak membebankan diri, namun ia begitu merimaskan jika ada impak negatif.

Bukan merungut akan takdir, namun sebagai manusia lemah iman, saya masih belajar memberi redha akan ketentuan Allah.

***Hampir 3 minggu, aku diserang selsema, yang akhir-akhir ini bertukar Sinus. Dan akibat dari selsema serius, aku kini telah hampir seminggu kehilangan deria bau. Mudah-mudahan, kepergiannya bukanlah kehilangan total,amin.

Setakat ini, aku belum mau pasrah, dan akan terus berusaha untuk mengembalikan deria bau kedalam diri ini.

Aku yakin, Allah maha mengetahui apa yang termampu ditanggung oleh hambanya.

Bagi Seorang Aku yang OKU pengelihatan, deria bau terlalu penting dalam kehidupan seharian.

Mana tidaknya, untuk menjalankan tugasan di dapur, deria bau teramat penting, dan diikuti oleh deria dengar. Deria bau dan dengar bagi Seorang Aku adalah mata terutama dalam mengendalikan masak memasak. Dengan kehilangan salah satu deria, pasti pincanglah masakan, sebelum tuan punya diri dapat menyesuaikan dengan kekurangan yang bertambah.

sementara bila di luar rumah, ketika dalam perjalanan, samada berjalan kaki atau berkenderaan, untuk menentukan sesuatu tempat, deria dengar menjadi peneraju, kemudian dibantu oleh deria bau.

Begitulah, peri pentingnya deria-deria yang dianugerahkan Allah kepada hambanya. Setiap deria ada tugas tersendiri.

Di sini, saya merendah hati bermohon kepada para sahabat pengunjung budiman, untuk mendoakan akan kepulangan deria bau kepangkuan saya. Mudah-mudahan dengan doa iklas dari kalian, akan mempercepatkan proses penyembuhan.

Terima kasih dari hati yang paling dalam.