Alhamdulillah, Selasa lalu, dengan keizinan Allah, aku tiga beranak telah dapat merealisasikan perancangan kami untuk ke pulau lagenda Pulau Langkawi. Lalu bermukimnlah kami di
Untuk memudahkan pergerakan kami, aku telah memilih untuk bermukim di bandar Kuah. Hotel yang ku pilih untuk penginapan kami buat beberapa hari, ialah Seaview. Hotel dipilih berdasarkan kemampuan poket suamiku.
Perjalanan dari airport Padang Mad Sirat ke bandar Kuah memakan masa lebih kurang setengah jam, manakala tambang yang dikenakan ialah rm 24 untuk sebuah teksi.
Kami selamat tiba di hotel Seaview, lebih kurang jam 6.50 petang. Biasalah, setelah begitu begini, lebih kurang 10 minit, barulah selesai proses chek in.
Setelah melunaskan hak YANG MAHA PENCIPTA ke atas hambanya, dan kesegaran badan dikembalikan, kami tiga beranak mula menyulusuri jalan untuk mencari kedai makan yang sesuai.
Oh alangkah bertuahnya, tidak jauh dari Seaview, di kiri kanannya terletak beberapa restaurant dan gerai makan.
Untuk malam pertama, tiada explorasi yang kami lakukan. Hanya sekadar menikmati kesejukan angin malam di beranda bilik hotel saja.
Keesokan harinya, setelah sarapan, kira-kira jam 9.30, bermulalah explorasi kami 3 beranak. Kami telah menempah teksi dari perkhidmatan yang disediakan di hotel ini.
Dalam masa 4 jam, charge yang dikenakan rm 100, dan sekiranya lebih masa,akan dikenakan charge rm 25 per hour.
Pada mulanya kami berkira-kira untuk ke cable car sebagai destinasi pertama, namun kami diberitahu bahawa setiap Rabu, ianya hanya dibuka jam 12.00 tengahhari, so kami bertukar arah ke Padang Mad Sirat, iaitu lokasi lagenda Mahsuri.
kalau 10 tahun lalu, untuk masuk ke kawasan lagenda ini tidak perlu berbayar, namun sekarang, ianya telah dikenakan charge. Pun begitu rezki kami di hari itu, murah agaknya, maka kami dibenarkan masuk secara percuma.
Oh ya, terdapat dua kaunter tiket yang disediakan, iaitu
*kaunter A untuk pelancung luar, dan
**kaunter B untuk pelancung dalam negara.
Setelah lebih kurang 45 minit kami di situ, kami meneruskan perjalanan ke Under Water World pula. Jarak dari satu tempat ke satu tempat agak memakan masa juga.
Di Under Water World, anakkulah orang yang paling girang. Selain terdapat pelbagai jenis spesis ikan, terdapat juga penguin.
Nota: harga tiket bagi pelancung luar, dalam negara dan penduduk tempatan adalah berbeza-beza.
Setelah Si Kecil kami puas bermain-main dengan ikan-ikan, barulah kami bertolak ke lokasi cable Car iaitu di kaki gunung Mad Cincang.
Di sini, kenderaan tidak boleh menghampiri bangunan stesen cable car, so untuk sampai ke stesen ini, pengunjung perlu berjalan merentasi dua jambatan. Salah satu darinya adalah jambatan gantung.
Charge yang dikenakan untuk menaiki cabel car ialah
*rm 15 untuk dewasa dan
**rm 10 untuk kanak-kanak
Nota: Harga tiket untuk pelancung luar dan dalam negara juga berbeza.
Tempoh berada di dalam cable car lebih kurang 15 ke 20 minit. Terdapat 3 stesen:
*stesen pertama adalah kaki gunung, di mana permulaan menaiki cable car
**stesen kedua adalah dipertengahan dan
***stesen ketiga adalah puncak gunung
Pengunjung dibenarkan turun di stesen kedua dan ketiga untuk menikmati keindahan pemandangan.
Kemudian, on the way balik ke hotel, kami singgah di gudang batik dan gamat untuk membeli sedikit buah tangan untuk kaum kerabat.
Kami tiba di hotel lebih kurang jam 2.30 petang.
Sungguh berbaloi mengambil pakage sewaan teksi rm 100 untuk 4 jam kerana jarak perjalanan dari bandar Kuah ke Gunung Mad Cincang memakan masa 40 minit dan harga satu perjalanan adalah rm 40.
bersambung
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.